Saturday, September 12, 2009

Fitur-fitur Distigtif


1.0 Pengenalan
Fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunujukkan sebutannya. Secara lebih khusus, fonetik mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan. Manusia mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi tersebut dan membuat transkripsi. Bunyi-bunyi yang dikaji didengar dahulu sebelum dideskripsi. Fonologi pula dapat dirumuskan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Maksudnya bidang fonologi menetukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.
            Fitur-fitur distigtif ialah cirri-ciri yang dapat membezakan sesuatu makna. Fitur-fitur itu adalah cirri-ciri mengenai cara dan daerah sebutan serta kualiti bunyi-bunyi tersebut.Dalam analisis fitur distigtif, sesuatu fonem dapat dibezakan dengan sesuatu fonem yang lain. Setiap satu fonem mempunyai beberapa fitur atau juga dikatakan mempunyai satu ikatan fitur. Dalam fitur-fitur itu ada yang distigtif atau membezakannya daripada fonem yang lain. Setiap fitur diberi tanda + atau -. Lambang + bermaksud fonem tersebut mempunyai fitur yang ditandakan dan lambang – bermaksud fonem tersebut tidak mempunyai fitur yang ditandakan.
            Dalam bahasa Melayu, terdapat  pola-pola intonasi tertentu  mengikut jenis-jenis ayat yang diucapkan. Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian, nada suara jarang-jarang mendatar, tetapi berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia ialah sifat nada suara  yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat. Dalam bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dengan predikat ditandai dengan kata kerja pada predikat. Hal ini tidak semestinya berlaku dalam bahasa Melayu. Sebaliknya, intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu.
2.0 Fitur-Fitur Distigtif
Fitur-fitur distigtif merupakan ciri-ciri yang dapat membezakan makna satu bunyi daripada bunyi yang lain. Fitur-fitur itu adalah ciri-ciri mengenai cara dan daerah sebutan, serta kualiti bunyi-bunyi tersebut. Fitur-fitur ini diberi lambang + atau lambang -. Lambang + membawa makna bunyi tersebut mempunyai fitur berkenaan manakala lambang – bermakna bunyi tersebut tidak mempunyai fitur berkenaan.
2.1 Fitur Distigtif Fonem Vokal
Fitur persukuan digunakan untuk vokal kerana vokal dapat menjadi nukleus suku kata. Oleh sebab itu vokal diberi cirri [+ persukuan ] dan bunyi konsonan [- persukuan ]. Fitur konsonan pula mengasingkan fonem-fonem konsonan daripada bunyi vokal dan geluncuran, separuh vokal, geseran dan hentian glottis. Bunyi [+ konsonan ] dihasilkan dengan penyempitan saluran udara dalam rongga mulut. Bunyi-bunyi vokal dan geluncuran pula tidak demikian dan diberi fitur [- konsonan ].
Seterusnya, bunyi-bunyi vokal diberi fitur tinggi dan rendah, iaitu cirri [sempit] dan [luas] menurut kedudukan lidah dalam saluran rongga yang menghasilkan bunyi [rongga mulut]. Vokal i dan u mempunyai fitur [+ tinggi], iaitu apabila lidah terletak lebih tinggi daripada kedudukan neutral. Begitu juga fitur depan dan belakang adalah berkaitan denga kedudukan lidah, berbanding dengan apabila lidah terletak secara bersahaja di dalam rongga mulut. Lidah boleh disurung ke hadapan atau ditarik ke belakang. Bunyi-bunyi vokal juga diberi fitur bundar. Bibir dimuncungkan bagi menyebut bunyi u dan o, dan bunyi ini diberi fitur [+ bundar] dan vokal e dan a [- bundar]. Fitur vokal adalah seperti berikut:
i [+ depan], [- bundar]
a [+ depan], [- bundar]
u [+ belakang], [+ bundar]
o [+ belakang], [+ bundar]
e [+ depan], [- bundar]
a [+ depan], [- bundar]
2.2 Fitur Distigtif Fonem Konsonan
Bunyi-bunyi konsonan pula mempunyai fitur-fitur lantang, sengau, malaran, anterior, koronal, geseran, bersuara, dan lepasan lewat. Lantang ialah fitur yang dihasilkan apabila udara melalui rongga mulut dengan tidak mengecilkan rongga mulut. Bunyi-bunyi vokal, separuh vokal, likwida [l, r], sengau [m, n, ŋ, ŋ ] vokal mempunyai fitur [ + lambang]. Bunyi-bunyi malar [+ malar] dihasilkan tanpa halangan kepada saluran udara dalam tongga mulut. Bunyi-bunyi geluncuran, geseran, likwida juga mempunyai fitur [+ malaran], tetapi bunyi-bunyi letupan dan sengau mempunyai fitur [- malaran].
           
            Dua fitur rongga mulut digunakan bagi membezakan bunyi konsonan, iaitu anterior dan koronal. Bunyi-bunyi seperti [p, b, t, d, s, l, m] dan [n] mempunyai fitur [+ anterior] kerana halangan terjadi terkedepan dari daerah lelngit keras-gusi yang digunakan dalam menghasilkan bunyi [c] dan [j].Fitur koronal diberi kepada bunyi yang dihasilkan dengan lidah menyentuh daerah sebutan lelangit keras-gusi iaitu bunyi [t, d, c, j, s, l]. Fitur geseran [+ geseran] digunakan bagi membezakan bunyi-bunyi [b, d, g] daripada bunyi [p, t, k]. Fitur lepas lewat [+ lepas lewat] pula didunakan bagi membezakan bunyi [c, j[ daripada bunyi letupan [p, b,t, d, k, g].
3.0 Intonasi
Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian, nada suara jarang-jarang mendatar, tetapi berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia ialah sifat nada suara  yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat.
Dalam percakapan, nada suara jarang mendatar, ada kalanya meninggi dan merendah. Ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa bahasa Melayu, oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam ayat.  Dalam bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dengan predikat ditandai dengan kata kerja pada predikat. Hal ini tidak semestinya berlaku dalam bahasa Melayu. Sebaliknya, intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu.
Tingkat nada dalam intonasi ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4.
1 – nada yang paling rendah
2 – nada permulaan ujaran sesuatu ayat
3 – nada tekanan
4 – nada yang paling tinggi
Berikut diturunkan contoh-contoh intonasi pada ayat-ayat dalam bahasa Melayu, iaitu:
1)      Intonasi ayat penyata
2)      Intonasi ayat tanya
3)      Intonasi ayat perintah
4)      Intonasi ayat terbalik atau songsang
5)      Intonasi ayat pasif
              3. 1  Intonasi Pada Ayat Penyata Biasa
             Intonasi pada ayat penyata mempunyai pola intonasi 2-4-2-3, seperti dalam ayat berikut:
                       4                         3
P e g a w a i i t u p e n g u r u s          
                          
           2                        2    
Frasa subjek pegawai itu ditandai dengan tingkat nada 2-4 manakala frasa predikat pengurus ditandai dengan tingkat 2-3. Pemisahan subjek daripada predikat menjadi nyata kerana nada suara turun daripada tingkat 4 pada suku kata akhir frasa subjek ke tingkat 2 iaitu nada permulaan pada frasa predikat. Tingkat nada 3 pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat
            3.2  Intonasi Pada Ayat Tanya
Pola intonasi ayat tanya dalam bahasa Melayu ialah 2-4-3-4, dengan nada 3 yang terletak pada suku kata akhir naik kembali ke nada 4 sebagai penutup ayat.
                                4                   3        4
P e g a w a i i t u p e n g u r u s ?
2
Intonasi ini digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seorang pendengar untuk dijawab oleh orang yang ditanyakan.  
Ayat tanya juga dapat dibentuk dengan partikel –kah . Kehadiran partikel -kah ini diletakkan pada predikat, kemudiannya mengalami proses pendepanan. Predikat dipindahkan ke hadapan ayat kerana predikat yang disertai partikel –kah itu dipentingkan.  Maka intonasi ayat berubah menjadi 2-3-1-4 seperti berikut:
            3                                               4
Pe n g u r u s k a h p e g a w a i i t u ?
                  
2                  1
3.3  Intonasi Pada Ayat Perintah
Dalam ayat perintah, bahagian predikat lebih dipentingkan berbanding bahagian subjek. Sebagai contoh, ayat masuk! sebenarnya terbit daripada ayat kamu masuk! Kata ganti nama diri kedua, iaitu kamu digugurkan dan meninggalkan predikat masuk. Frasa predikat masuk dilafazkan dengan tingkat nada 2-3 seperti yang berikut:
                        3         
Ma suk!
2
Ayat perintah di atas dianggap agak keras. Untuk melembutkan perintah itu, maka partikel –lah boleh disertakan.  Contohnya seperti di bawah: m a s u k l a h Intonasi ayat ini ditandai dengan tingkat nada 2-3-1
                 3
Ma suk lah
           2                        1
            3.4  Intonasi Pada Ayat Terbalik atau Ayat Songsang
Susunan ayat penyata bahasa Melayu ialah Subjek + Predikat.  Kadangkala dalam percakapan kita seharian, terjadi susunan ayat yang berlawanan dengan pola biasa ini, iaitu predikat mendahului subjek. Ayat yang mempunyai susunan Predikat + Subjek , disebut ayat songsang.
                
    1. Susunan biasa : Kucing itu comel
                        Ayat songsang : Comel kucing itu
                     2. Susunan biasa : Pegawai itu pengurus
                        Ayat Songsang : Pengurus pegawai itu
Intonasi ayat biasa 2-4-2-3, tetapi ayat songsang menjadi 2-3-1. Intonasi ayat penyata biasa seperti yang telah dijelaskan seperti berikut:
                               4                       3
Kucing       i tu       co mel
           2                          2
Apabila ayat tersebut disongsangkan, intonasinya bertukar menjadi 2-3-1 seperti ayat berikut:
                3
Co  mel        kucing       saya
            2                                              1
Begitu juga ayat-ayat dibawah:
Susunan biasa
                                  4                             3
Pegawai          i tu         pengu rus
           2                                2
Susunan songsang
                        3   
Pengu  rus       pegawai       itu
           2                                                  1
                        Perhatikan bahawa dalam contoh, ayat-ayat di atas, tingkat nada bagi bahagian predikat kekal pada tingkat 2-3. Tingkat nada berkenaan tidak berubah meskipunn kedudukan predikat berubah ke hadapan ayat. Sebaliknya, yang berubah ialah tingkat nada pada bahagian subjek, iaitu menurun kepada tingkat 1.
                        Selain partikel –kah, -lah juga menandakan bahawa bahagian predikat diberi penekanan. Oleh sebab kedua-dua partikel ini berfungsi hanya sebagai tanda bahawa bahagian predikat ayat dipentingkan, maka nada untuk –kah dan –lah menurun kepada tingkat 1, bersama-sama keseluruhan subjek ayat berkenaan yang tidak lagi dipentingkan. Sila teliti contoh ayat berkenaan yang tidak lagi dipentingkan. Sila teliti contoh ayat yang mengandungi partikel –kah.
           Susunan biasa
                                                    
                                4                              3
           Pegawai         i tu        pengu rus
          2                              2
         
Susunan songsang
                     3                                                  4
Pengu   rus  kah       pegawai i tu?
                 
          2                1
3. 5  Intonasi Pada Ayat Pasif
Intonasi ayat pasif biasa sama seperti ayat aktif biasa, iaitu 2-4-2-3  Perhatikan kedua-dua ayat ini:
Ayat Aktif
            4                                                                    3
A li      belum      membaca      buku       i tu
2        2
Ayat Pasif
         
                            4                                                                       3
Buku        i  tu       belum       dibaca       oleh       A  li
          2                           2
Kedua-dua ayat di atas , bahagian pertama merupakan subjek yang mempunyai tingakat nada 2-4 manakala bahagian kedua merupakan predikat yang mempunyai tingkat nada 2-3.  Sama juga seperti intonasi ayat tanya aktif biasa dengan ayat tanya pasif biasa, iaitu tingkat nada 2-4 untuk subjek dan 2-3 untuk predikatseperti dalam contoh-contoh berikut:
Ayat Tanya Aktif Biasa
              4                                                                 3
Di   a       memohon       jawatan       i   tu?
          2           2
           
Ayat Tanya Pasif Biasa
                               4                                     3
Jawatan       i  tu       dipohon  nya?
           2                             2
Walau bagaimanapun, intonasi akan berbeza jika ayat pasif itu merupakan ayat pasif songsang bagi orang pertama dan kedua. Perhatikan ayat-ayat berikut:
( a ) Saya memohon jawatan itu.
( b ) Saya pohon jawatan itu.
Dalam contoh di atas, ayat ( a ) merupakan ayat aktif biasa, manakala ayat ( b ) merupakan ayat pasif songsang. Intonasi ayat (a) ialah 2-4-2-3 adalah seperti berikut:
              4                                                                  3
Sa  ya       memohon       jawatan       i  tu
 
            2             2
Nada intonasi ayat  ( b )
                              3
Saya       po  hon       jawatan       i  tu
            2                                                             1      
3.6  Intonasi Pada Ayat yang Panjang
Walau bagaimana panjang sekalipun ayat, nada intonasi tetap mempunyai pola yang sama. Turun naiknya suara disesuaikan dengan unit-unit frasa. Dalam hal ini, pola intonasi berfungsi sebagai pemenggal atau pemisah frasa-frasa dalam ayat.
Pelajar sekolah itu membaca buku di perpustakaan.
Ayat di atas boleh dibahagikan kepada tiga frasa intonasi utama, iaitu frasa subjek, frasa predikat dan keterangan. Seperti yang  telah dijelaskan, pola intonasi bagi ayat biasa ialah 2-4-2-3. Oleh hal yang demikian, pola intonasi bagi ayat di atas, tanpa keterangan adalah seperti berikut:
                                     4                                             3
Pelajar       sekolah       i  tu       membaca       bu  ku
2                                            2           
Dalam contoh di atas, frasa di perpustakaan merupakan keterangan tambahan dan tidak begitu penting. Oleh yang demikian, nada yang diterimanya ialah 1. Maka intonasibagi keseluruhan ayat tersebut ialah 2-4-3-1, seperti yang berikut:
                               4                                          3
Pelajar    sekolah    i  tu    membaca    bu  ku    di    perpustakaan
2                                    2                                                               1
Ayat di atas berkemungkinan diucapkan dengan nada 2-3 pada bahagian tambahan yang menjadi keterangan sekiranya frasa tambahan itu dipentingkan dan perlu ditegaskan seperi yang berikut: 
                              4                                 4                                         3
Pelajar    sekolah    i  tu    membaca    bu  ku    di    perpustaka  an
2                                    2                                       2                      
4.0 Kesimpulan
Fitur-fitur distigtif perlu dalam membezakan sesuatu fonem dengan fonem yang lain bagi membezakan makna sesuatu perkataan. Sesuatu fonem dapat dibezakan dengan adanya fitur-fitur ini. Dalam sesuatu bahasa, terdapat fonem yang berbeza yang mempunyai sama cara sebutan. Oleh itu, fitur-fitur inilah yang dapat membezakan sesuatu makan perkataan. Dalam bahasa Melayu juga terdapat fitur-fitur yang membezakan makna sesuatu perkataan atau fonem.
                Intonasi penting dalam tatabahasa bahasa Melayu, oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dengan predikat ditandai dengan kata kerja pada predikat. Hal ini tidak semestinya berlaku dalam bahasa Melayu. Sebaliknya, intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu. Dalam bahasa melayu terdapat pola-pola intonasi tertentu mengikut pola-pola ayat iaitu pola ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang, dan ayat pasif. Setiap pola ayat mempunyai intonasi yang berbeza dengan pola ayat yang lain. Oleh itu, setiap pola ayat dalam bahasa Melayu mempunyai pola-pola intonasi tertentu dan perlu dituruti bagi membezakan pengucapan sesuatu ayat dengan ayat yang lain melalui nada intonasi dalam sesuatu ayat.
Bibliografi
Abdul Hamid Mahmood (2007). Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan (2007). Linguistik Am : Siri Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu.
 Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan          Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS professional.
Chomsky, N. (1957). Syntatic Structures. The Hague: Mouton.

No comments:

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad