Friday, January 29, 2010

Wahai Bangsaku...

Hari ini kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa bahkan sudah sampai peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak-anak luar nikah. Remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang merbahayakan tubuh badan seperti dadah,ganja, menghidu gam, penagihan ubat batuk dan lain - lain lagi .

Bahkan sudah ada kanak-kanak sekolah yang mencedarakan rakan sebaya mereka. Kejadian melawan guru sehingga membakar rumah guru dan membakar sekolah bukanlah sesuatu yang pelik pada hari ini.

Dimanakah silapnya sistem pendidikan kita sehingga sudah merosakkan semua perilaku dan akhlak yang baik-baik ini.

Sudah tentulah tidak cukup ruang untuk dihuraikan satu persatu punca masalahnya. Mungkin kali ini cukup untuk kita katakan bahwa faktor kekeluargaan sudah tidak lagi menjadi benteng kepada keutuhan akhlak anak-anak kita kini.

Asas pendidikan adalah dirumah. Sekiranya dirumah sendiri mereka tidak lagi mendapat asas pendidikan maka apabila berada diluar rumah sudah tentulah sukar bagi anak remaja kita untuk menghadapi godaan dan pancaroba diluar. Pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, sex bebas, hiburan yang melalaikan yang tersangat hebat hari ini.

Mereka yang mempunyai asas yang kuat pun belum tentu terselamat dan bukan sedikit yang tercicir dipertengahan jalan.

No comments:

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad