Monday, April 12, 2010

Cinta atau Nafsu?


Sebelum aku bercerita lebih panjang..izinkan aku meminta maaf sekiranya menguris hati dan perasaan mana-mana pihak. Aku manusia biasa yang tidak terlepas daripada nafsu dan perasaan cinta. Aku sekadar memberi ingatan kepada semua kerana memang ini tanggungjawab semua muslim. Aku berasa terpanggil untuk menceritakan keluhan yang selama ini memang aku rasa amat geram..maaf kerana menggunakan bahasa “aku”..

Macam saya cakap tadi,saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada nafsu dan perasaan cinta. Nafsu dan rasa cinta itu anugerah Allah..Setiap orang ada semua itu kecuali yang tidak normal..di sini saya ingin menceritakan mengenai orang yang normal bercinta..bercinta biarlah kena pada landasannya..orang cakap cinta zaman remaja yang paling best..entahlah apa yang best..orang cakap tak cinta tak best..tak rock..Tapi apa sebab anda bercinta?kerana apa?kerana nafsu?

Inilah yang sebenarnya perlu diketahui..nak bercinta kalau kerana nafsu memang hancurlah agama..hancurlah kehidupan..Boleh ke bercinta?kenal-kenal dah la..bagitau yang kita suka kat dia dan akan melamar dia satu hari nanti..tak cukup ke?ala..nanti rindu macam mana..mesti nak mesej..tak ada masalah..mesej la..tapi biar la perkara-perkara yang penting..nasihat ke..beri peringatan tentang hubungan kita..boleh la bagitau yang kita sayang dia dan akan setia kat dia..cukuplah tu..

Bercinta kerana nafsu memang seronok..seronok dengan dosa..benda yang haram menjadi halal..yang halal tidak mahu dikejar..yang haram dihalalkan..nak berdua-duaan boleh kalau dah ikut nafsu..berjumpa je katanya..bukan buat apa-apa pun..rindu lama tak jumpa..tapi kenapa berdua-duaan?kenapa tempat tersembunyi?ala..kolot lah..romantik la sikit macam ni..bercinta memang macam ni..pelik-pelik..mula-mula keluar jalan-jalan..sayang jom kita gi pantai tengok ombak..sayang, asyik tengok ombak je bosan la..jom kita pergi tempat lain..jom kita pergi jauh..malam ni sayang tak payah balik la..abang ada kan..mula lah hubungan romantis “suami isteri” yang haram..seronok untuk mengulangi..lama-lama..abang,sayang mengandung anak abang ni..kita kahwin ye bang..ish awak ni..muda lagi la..nanti kita kahwin la..apa boleh buat?sampai masa ditinggalkan lelaki..yang merana?buanglah bayi yang tidak berdosa..menyesal pun tak guna..

Sekadar renungan..

Apabila manusia bertukar sifat buruk kesannya
Kalau dulu anak muda macam anak ayam
Ke mana saja pergi mesti dengan ibu bapa
Kini anak muda tidak seperti itu
Anak muda kini seperti anak penyu
Bila menetas merayap entah ke mana
Tidak kenal ibu bapa..tidak kenal bahaya dan buruk..
Dulu manusia malu menunjuk aurat tapi kini bangga
Nasihat ibu bapa tidak didengar..
Yang didengar nasihat buah hatinya..(abang lah orang paling berharga dalam hidup sayang)
Kalau dulu tersimpul-simpul malu apabila dilamar orang
Tapi kini tidak tahu malu berpelukan di depan orang ramai
Berjumpa berdua-duaan di dalam semak (apa itu?)
Bukan binatang..bukan babi hutan tapi manusia bernafsu binatang..
Bila ditegur berdua-duaan di tempat umum dikatanya kolot..
Sedarlah apabila berdua-duaan itu ada musuh tersembunyi..
Bila seronok berdua mulalah garpu merayap ke riba
Mulalah berlaku perkara dimurkai
Bila begitu bahagia katanya..inilah cinta sejati..
Mulalah dapat baby tanpa bapa..( tanda cinta sejati )
Si bapa mula tidak mengaku akhirnya dicampaknya baby tidak berdosa
Masa ini baru ingat ibu bapa
Baru ingat dosa pahala..( berbaloikah? )
Ingatlah dahulu sebelum bertindak..
Langit tidak selalu cerah..yang bahagia itu mesti dengan keredhaan..

3 comments:

Anonymous said...

Cinta sekarang hanya pada nafsu..lepas buat maksiat lepas tangan dan tambah dosa dengan buang anak..nikmat hanya sementara tapi fikirlah azab yang pedih..

NADIAHMALEK said...

yupp.. sangat betul :)
syukur still ada orang yang prihatin dgn keadaan sekeliling sekarang.
post yang sangat bagus. terus kan.

NADIAHMALEK said...

yupp.. sangat betul :)
syukur still ada orang yang prihatin dgn keadaan sekeliling sekarang.
post yang sangat bagus. terus kan.

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad