Friday, April 9, 2010

Perniagaan Internet : Halal Haram


Dah lama tak update blog..memang sibuk dan banyak masalah sebelum..hari ni baru ada kekuatan nak update blog. Dah lam lama tak search isu-isu dalam internet..Allhamdulillah saya masih lagi bernyawa..syukur ke hadrat Illahi..sebelum ini saya ada search dalam internet mengenai perniagaan internet..memang ramai rakyat Malaysia yang menyertainya..tapi apa yang saya cari adalah hukumnya dalam Islam..
Saya ada terjumpa satu perniagaan dan status halalnya yang diragui..apa yang dimaksudkan adalah Infinity Downline..mengikut pandangan Ustaz yang saya temui menyatakan perniagaan internet adalah dibolehkan dalam Islam selagi tiada unsure-unsur yang haram dalam Islam..Saya bertanya apa unsur-unsur haram tersebut..sebanarnya memang ramai yang kurang arif mengenai perniagaan yang dibenarkan Islam..Islam tidak melarang kita berniaga lagipun Nabi Muhammad s.a.w  juga berniaga. Dalam Islam menyatakan bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan.
Apa yang saya ingin beritahu ialah status perniagaan tersebut. Dalam Islam, apabila status sesuatu perkara itu diragui maka sudah jatuh haram hukumnya. Mengenai Infinity Downline, pemilik perniagaan atau latar  belakang perniagaan tersebut diragui dan bermasalah. Status pemiliknya diragui..hanya memperkenalkan kepada orang bawahan dan kita akan mendapat duit. Ini haram dalam Islam iaitu megambil duit yuran ahli sebagai komisen. Islam membenarkan komisen yang diterima daripada penjualan sesuatu produk atau meperkenalkan produk kepada orang ramai dan diberi komisen daripada syarikat. Apa-apa pun mesti ada produk yang digunakan dan bukannya mengaut keuntungansemata-mata dengan mengmbil duit yuran ahli sebagai komise. Ini jelas hara dalam Islam..

Selain itu, produk dalam Infinity Downline adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majoriti ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim Infinity Downline adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up. Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam harus menjauhkan perkara yang haram kerana yang haram itu sudah jelas dan nyata. Sam-samalah kita umat Islam meninggalkan yang haram kerana ianya akan memberi kesan kepada kita seterusnya azab yang pedih menanti kita akhirat nanti. Dalam facebook begitu meluas promosi Infinity Downline ini. Hentikanlah wahai saudara Islamku..Saya tidak berniat nak menjatuhkan ekonomi Islam tetapi nak membantu Islam mestilah ikut landasan yang betul..Hendaklah kita hentikan promosi dalam facebook atau dimana-mana kerana Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.
Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita. Saya pun berniaga internet dan tiada unsur penipuan malah mendapat pendapatan secara tetap RM8000 bulanan. Ingin maklumat boleh komen kat bawah..sama-sama kita membantu umat Islam..sebarkan..


2 comments:

infinity downline said...

This is a good blog, it is encouraging to see people giving value
through great post.Thanks

infinity downline business said...

infinity downline business
infinity downline business
infinity downline business
infinity downline business
infinity downline business
infinity downline business
infinity downline business

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad