Tuesday, August 31, 2010

Hidup dan Cinta


Dah lama tak bercerita dalam blog..bila masalah datang ati tak tenang jiwa kacau kerja pun tak menjadi..tula yang saya alami sebelum ni..sebelum saya bercerita panjang mengenai kisah seterusnya, izainkan saya untuk berkata-kata...

Hidup tidak selalunya indah...itulah ketetapan Allah..hidup tanpa masalah bermasalah jugak..hidup penuh dengan masalah juga bermasalah...tapi ingatlah tanpa masalah kita tak akan menjadi manusia yang bijak dan tabah..ingatlah  semua yang datang tu ada hikmahya..terokailah...
Ingin kubuat novel tentang hidupku...ingin kubukukan apa yang aku alami..perkara dan peristiwa yang aku alami cukup bermakna bagiku..berkata-kata memang boleh tapi melakukan sesuatu yang sukar memang tercabar rasa..hidup yang mencabar memang orang tak suka..hidup yang bahagia orang selalu impikan...nak mencapai kebahagiaan tu memang macam-macam cara..memang macam-macam laluan..bagi orang hidup bahagia jika tiada masalah..memang betul tu..tapi bahagiakah kita jika kita selalu menjalani hidup senang tanpa usaha yang mencabar...tanpa merasai kenikmatan kejayaan selepas menghadapi dugaan...
Kehidupanku....
Aku lalui dengan penuh bahagia selepas aku berasa terhina sangat..terhina disebabkan perlakuanku..terhina disebabkan kemahuanku yang bodoh..aku ikut segala kemahuan remajaku tanpa memikirkan kebaikan dan kesan masa hadapan...selepas aku tahu aku ni macam dihina..aku rasa apa yang aku buat semua tu memang sia-sia..memang tak dipandang manusia..apa taknya..kutu rayau  yang hanya tau duduk menyemak di tepi jalan tanpa menghiraukan kehidupan alam yang lain..dari  situ aku mulai terasa..berbaloikah manusia bersifatkan binatang yang tiada harga bagi manusia..oh tidak jeritan hatiku..tapi apa harus aku lakukan..masih boleh lagi ke aku ubah semua ni...sudah tentu boleh...jerit hatiku..bermulalah pengembaraan yang membawa nur dalam hidupku..aku meneroka cabaran hidup yang pahit yang sememangya mencabar bagi kutu rayau..aku berhijrah daripada kelompok kutu yang sememangya bukan spesisku...
Aku mula mencedok sedikit sebanyak cara kehidupan manusia yang normal..bermulalah pengembaraan mencari permata yang akan mengakat status seorang manusia...itulah yang dikatakan ilmu yang bermakna..aku mencarinya tanpa aku segan..tanpa aku malu..aku bemula dari bawah..bagiku biarlah kehidupanku kali ni benar-benar bercahaya..aku tidak hiraukan orang lain pada mulanya..aku ingin mencapai cita-citaku..aku cuba buktikan dan aku Berjaya buktikan pada peringkat awal..aku diangkat sebagai emas yang digilap..dijaga seperti barang berharga..bertuah dan bahagia aku rasa..berbaloi sedikit aku rasa perubahanku ini...aku cuba lagi mengorak langkah yang sudah biasa bagiku..zaman remaja orang kata tak sah kalau tak ada perasaan berperasaan..(ada faham ke?zaman remaja katakana..aku pun tidak kurang sama dengan semua orang..pada mulanya aku tak nak fikir hati dan perasaan..tapi itulah anugerah..anugerah yang tidak diminta tapi diberi percuma...
Aku mula diberi kepercayaan dan tanggungjawab yang sememangnya sukar bagiku yang asalnya kutu rayau tidak bermakna tetapi akhirnya diangkat menjadi raja yang bukannya pemerintah tetapi pemegang tangungjawab pentadbir negeri kecil...dari situlah munculnya berperasaan sesama kawanku yang bukannya kawan sangat..aku dengannya tak ubah seperti anjing dan kucing..patang jumpa memang berperang mulut..hanya diam seketika apabila berjumpa penghuni yang ramai..apabila bersidang disebabkan sama-sama memegang tanguggjawab dalam negeri kecil..orang kata jangan terlalu bencikan seseorang tu sebab lama-lama boleh jadi saying..memang betul..mula-mula anjing dengan kucing tapi akhirnya bagaikan manusia yang penuh dengan kasih sayang..bermulalah hidupku sebagai orang yang berperasaan..hati selalu gembira..dia menerimaku tanpa sebarang syarat..nilah dikatakan anugerah bagiku..bahagia kurasa..hidup aku dengan duniaku..
Akhirnya berita aku berkapit dengannya diketahui pemerintah atasan Negeri tu..maklumlah aku ni dipandang satu negeri 2..aku selalu diperhatikan..dijadikan role model di negeri tersebut..aku diberi kepercayaan untuk menaikkan nama negeri tersebut..aku Berjaya buktikan..memang sudah semestinya semua pemerintah tertinggi tak mahu aku kecundang disebabkan puteri yang muncul dalam hidupku..tapi mereka tak bantah malah memberi sokongan kepadaku..bahagia sangat-sangat..aku ditatang bagaikan menatang minyak yang penuh..aku dilayan seperti raja..semua orang dalam negeri tu tahu aku dengan puteri tersebut..tak dapat nak elak daripada air yang melimpah daripada bekas yang sempit dan berlubang..tak lama kemudian saat dan tarikh berperang sudah muncul..aku kna fokus pada perperangan ini..aku tak mahu kalah kali ni..akhirnya aku berjaya hadapi perperangan tu dengan jayanya..
Kehidupanku bersambung lagi dengan cabaran yang baru..aku akan meninggalkan puteri negeri lama semata-mata untuk meningkatkan pengetahuanku dan mencapai cita-cita yang belum lagi Nampak..bermulalah kehidupanku di negeri baru..dunia yang canggih tidak merosakan aku dengan puteriku..aku selalu berkomunikasi dengan alam maya..kadang-kadang terubat rindu apabila aku pulang cuti ke negeri asalku..orang kata susah nak pertahankan bila berjauhan tapi aku dan dia berjaya buktikan tapi hany satu tahun lebih..mula-mula retak disebabkan hilang kepercayaan..ditambah lagi dengan lauk yang ditambah perisa oleh manusia yang sememangnya penuh dengan hasad...akhirnya bercerailah dua merpati sejoli yang romantik dulu..hancurnya hati ini..begitu susah nak menerima ketentuan tu..tapi aku memahami sunatullah yang ditetapkan..pasrah dan redha je mampu kulakukan...
Hidupku mula rasa tercabar..tak terurus kurasakan..aku sakit menahan seorang diri..mengambil masa untuk aku pulihkan kesakitan ini..ada jugak jiwa yang sanggup menenangkanku..aku dapat ketenangan sedikit..aku mencari ketenangan seorang diri..walaupun aku dan dia tidak seperti dulu tapi aku masih berhubung seperti kawan yang tak berapa nak seperti kawan..setelah lama tak berhubung..hatiku mula ingin mencari hati orang yang ikhlas menerimaku..aku selalu berkarya mengenai keinginanku kepada sahabat karibku..aku dipertemukan dengan peminatnya..aku nasihatkannya untuk berkawan dulu tetapi aku yang selalu berhubung dengannya..apakah ini semua aku mahu?aku cuba mengelak daripada melukakan jiwa sahabat karibku..aku menyatakan kepada peminatnya yang aku ingin dia mencari puteri penganti dalam hidupku..aku diperkenalkan dengan puteri tersebut tetapi hatiku tidak dapat menerimanya..yang peliknya aku hanya berhubung dengan peminat sahabatku..aku berasa senang dengannya..aku ingatkan aku akan bertepuk sebelah tangan tapi memang berbunyilah tepukan kali ni..sebabnya dua-dua menghulurkan tangan..aku mula mencuba dengan puteri baru..lama-lama kemesraan muncul..sinar baru kurasakan dalam hidup manusia yang kosong setelah penuh dengan bahagia yang musnah..kini aku masih dengannya..aku selalu berharap kekal dengannya dan selalu berdoa berkekalan jua akhirnya...amin...menunggu kisah selepas ini macam mana...inilah aku rasakan hidupan aku penuh dengan makna dengan pelbagai dugaan yang pahit..menunggu cerita kisah hidupku yang akan datang..

No comments:

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad