Sunday, October 17, 2010

Cerpen hasil nurkilanku yang pertama...

Hasil nurkilanku…tiba-tiba rasa nak menulis..sila komen la kalau ada yang tak kena..pertama kali berkarya..

Sudah menjadi kebiasaan bagiku melawat rumah sepupuku pada hari raya pertama. Selesai solat sunat aidilfitri aku segera ke rumah sepupuku. Aku memang rapat dengan sepupuku. Aku asyik bersembang pagi tu. Seronok sangat. Sedang aku bergelak ketawa dengan sepupu aku, Atikah, tiba-tiba kedengaran bunyi kereta yang berhenti di depan rumah sepupuku…

Aku dan Atikah segera bangun dan melihat sebuah kereta Sorento berwarna hitam dan bercermin gelap. Macam orang kaya je ni. Bisik hatiku. Aku tengok nombor pendaftaran kereta itu pun dah buat aku gerun. Apa tidaknya MM 10 nombornya. Memang sah orang kaya. Atikah ada memberitahu aku yang kawan lamanya ingin datang beraya pada hari ini. Kawannya itu boleh datang hari ini dan beria-ia nak datang hari ini. Mungkin ini orangnya kot. Hatiku berbisik lagi. Tiba-tiba seorang lelaki segak berkaca mata keluar dari kenderaan hitam itu.

La kau rupanya Mazlan..Ikah menyahut.
Aku dah janji kan nak datang hari ini. Aku tak mungkir janji. Pemuda itu menjawab.
Keluar lagi seorang dari kenderaan itu sahabat Mazlan dan merupakan kawan sepupu aku juga.
Jemputlah masuk rumah. Atikah memangil kawannya itu. Aku hanya duduk diam ditempat dudukku. Baru saja aku mengangkat tubuhku untuk beredar dari situ, tiba-tiba Atikah melarangku.

Nadia, kau nak pergi mana?
Aku nak balik lah. Tak nak lah ganggu. Lagipun aku tak kenal mereka semua.
Tak apalah. Kau duduk sekali dengan kami. Mereka ni kawan aku. Boleh kau berkenalan. Tak payah pergi mana-manalah.

Aku hanya duduk diam ditempat duduk aku tadi. Aku tengok mereka bertiga rancak berbual. Aku hanya berdiam diri sahaja. Nadia, kenapa senyap je? Tiba-tiba suara pemuda yang bernama Mazlan itu menyebut namaku. Aku malu dan hanya tersenyum. Mazlan, sepupu aku ni pemalu orangnya. Dia ni tak suka keluar rumah. Perempuan melayu terakhir katakan. Atikah memerliku dan aku hanya tersenyum. Mazlan melihatku tidak putus-putus. Muka aku mula merah. Aku rasa mahu lari je dari situ. Eh kau ni Mazlan duk tengok-tengok sepupu aku macam tu kenapa? Dah berkenan ke? Kata-kata Atikah itu membuatkan aku berdebar-debar dan takut. Kau dah berkenan ke Mazlan? Kawan Mazlan bertanya dengan nada memerli. Kau diamlah Badrul. Kau tak tau apa-apa. Mazlan mencelah.

Tiba-tiba Mazlan memanggilku.
Nadia, kenapa senyap? Malu dengan kami ke?
Aku hanya menjawab tak ada apa-apa.
Nadia umur berapa?
27, Atikah yang menjawab. Biar aku je yang jawab. Aku tahu pasal dia.
Boleh tak saya nak pergi rumah awak? Tiba-tiba Mazlan mengajukan soalan begitu padaku. Aku terdiam dan terkejut. Aku tiba-tiba mengeluarkan kata ‘tidak boleh’.
Kenapa tidak boleh?

Aku memberanikan diri aku untuk menjawab tapi aku memang malu dengan lelaki. Seumur hidup aku itulah kali pertama aku bercakap dengan lelaki begitu dekat. Maklumlah aku hanya menamatkan PMR sahaja. Disebabkan kemiskinan keluargaku aku terpaksa berhenti sekolah. Kini aku belajar menjahit dan bekerja sebagai penjaga kedai. Hanya itu yang aku mampu lakukan dengan kelulusan aku. Atikah menceritakan semuanya mengenai aku kepada Mazlan di depanku. Aku tidak malu kerana aku memang nak orang tahu keadaan sebenar aku. Tiba-tiba Mazlan mengajak sepupu aku dan aku sekali pergi ke rumah aku. Mazlan nak berjumpa dengan ibuku. Aku hanya ada ibu dan empat orang adik. Ayahku dah lama meninggal.

Aku hanya mengikut sahaja kemahuan Mazlan. Memang aku nak dia tahu keadaan aku. Dengan harapan dia tidak akan meminatiku. Aku dan Atikah duduk ditempat belakang kereta. Begitu mewah kereta ini. Inilah kali pertama aku merasa menaiki kereta. Jarak rumah aku dengan rumah Atikah dekat sahaja. Tak sampai dua minit dah sampai. Inilah rumahnya Mazlan. Atikah menunjukkan rumahku kepada Mazlan. Mazlan terus memberhentikan kereta. Sangkaan aku mungkin betul. Mungkin Mazlan jijik melihat rumahku yang begitu usang. Rumah aku begitu kecil. Bilik air tidak ada. Mazlan keluar dari keretanya tanpa mempedulikan kami semua. Mazlan memberi salam dan ibuku menyahut.

Mak cik, mak cik ni ibu nadia ke? Mazlan bertanya ibuku.
Ya nak. Kenapa? Itu anak mak cik yang anak bawa tu.
Jemputlah naik nak. Rumah mak cik ni kecil. Hati-hati nak.
Tak apa mak cik. Saya tak kisah. Saya datang ni ada hajat.
Aku hanya duduk di sebelah ibuku. Hatiku mula berdebar-debar. Teringat ejekan sepupuku dan kawannya tadi mengenai Mazlan berkenan kepadaku. Aku takut kalau-kalau betul apa yang mereka sangkakan itu. Aku tidak tahu nak jawab apa nanti. Apa-apa pun aku ikut apa yang ibuku gembira.
Nadia, buatkan air untuk mereka ni. Ibuku menyuruhku membuatkan minuman kepada mereka.
Aku dengan cepat-cepat membuat minuman dan bawakan kuih. Aku ingin sangat mengetahui tujuan Mazlan berjumpa ibuku. Seperti biasa aku hanya duduk di sebelah ibuku. Hanya itu sahaja tempat bagi aku yang merupakan seorang pemalu. Tiba-tiba ibuku bertanya kepadaku.

Nadia, Mazlan ni nak kat kau. Macam mana?kau setuju tak?
Rupa-rupanya aku dah ketinggalan apa yang mereka bualkan tadi. Sangkaanku betul apa yang aku agak tadi. Aku tak dapat terima apa yang ibuku tanya tadi. Aku memang takut. Tidak pernah aku berkenalan dengan lelaki. Tidak pernah aku mempunyai perasaan terhadap lelaki. Hidup aku hanya bekerja dan belajar menjahit. Mana mungkin aku nak jatuh cinta pada Mazlan. Hatiku berbisik.
Aku melihat wajah ibuku begitu gembira. Aku tidak sanggup menghampakan ibuku. Aku hanya tersenyum.

Kata orang senyum tu tanda setuju. Jawab kawan lelaki Mazlan itu.
Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Aku setuju kerana ibuku. Aku setuju kerana aku nak ibuku senang. Atikah terkejut lantas menarik tanganku. Aku dibawa Atikah ke dapur.
Betul ke kau setuju ni? Sepupu aku bertanya.
Sebenarnya aku takut. Aku takut dengan ni semua. Aku hanya nak ibuku bahagia dan senang. Aku tak kisah mengenaiku. Atikah memberitahuku yang Mazlan ni seorang yang baik, jujur dan kelakar. Hatiku mula senang apabila diberitahu demikian. Bagiku cukuplah dia seorang yang baik. Sekurang-kurangnya hidup aku tidak sia-sia. Namun, aku tidak mencitai dia. Aku berpura-pura menyukainya. Apa yang aku buat ni? Apa yang aku harus lakukuan? Aku dan Atikah menuju ke ruang tamu. Aku melihat wajah ibuku sangat gembira. Tiba-tiba aku tersenyum lebar. Mazlan merenungku membuatkan aku malu sangat. Hatiku hanya mampu berbisik aku pasrah.

Macam ni mak cik..saya nak langsungkan perkahwinan kami pada pertengahan bulan lima. Mak cik setuju tak? Mazlan seolah-olah mendesak ibuku.
Mak cik tak kisah. Mak cik pun dah tahu asal usul kamu daripada cerita Atikah tadi. Mak cik rasa mak cik tak salah dah bersetuju untuk menikahkan anak mak cik kepada Mazlan. Tapi masalahnya mak cik tak ada apa-apa. Mak cik rasa mak cik tak nak buat besar-besar. Tak nak buat kenduri. Tengoklah rumah mak cik ni. Orang naik pun segan.
Tak apa mak cik. Saya akan panggil orang untuk membaiki rumah mak cik. Mak cik jangan bimbang. Semuanya saya akan tanggung. Saya ikhlas nak anak mak cik. Saya juga ikhlas mengangap mak cik sebagai ibu saya.

Hatiku begitu gembira mendengar ucapan Mazlan tadi. Aku hanya mampu tersenyum dan mengharapkan aku bahagia suatu hari nanti. Setelah lama berbual, Mazlan pun ingin beredar kerana mendapat panggilan daripada ibunya. Entah apa yang pentingnya yang begitu tergesa.

Saya pulang dulu ya mak cik.
Elok-elok nak. Ada masa datang la lagi.
Mazlan dan kawannya itu beredar. Aku memeluk ibuku seerat-eratnya. Aku mengeluarkan air mata. Ibuku hairan lalu bertanya..kenapa ni nadia? Aku tersenyum lantas menjawab dalam keadaan terpaksa ‘ Nadia gembira mak’. Ibuku mula tersenyum. Hatiku meronta kesedihan. Hidupku tidak seceria dulu.

Seminggu selepas itu, datang seorang tukang rumah ke rumahku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai tukang rumah yang diupah oleh Mazlan untuk membaiki rumahku. Dia melihat keadaan rumahku dan menganggar jumlah barang yang diperlukan. Pelan rumahku ditunjukkan kepada aku dan ibuku. Rupa-rupanya pelan itu sudah direka khas oleh Mazlan. Menurut pelan itu, rumahku nanti bakal ada empat bilik dan dua bilik air. Sungguh cantik rumahku nanti. Bisik hatiku. Wajah ibuku sangat gembira. Aku tersenyum gembira. Sepanjang rumahku dibaik pulih, Mazlan tidak pernah pun menjengguk. Aku tidak pernah pula berhubung dengannnya. Aku ni orang miskin. Telefon pun tak ada. Aku tidak kisah akan hal itu. Yang menjadi masalah bagiku ialah bagaimana aku nak hidup dengan lelaki yang aku tidak cintai. Aku begitu susah hati.

Sudah empat bulan berlalu. Rumahku sudah siap sepenuhnya. Tiba-tiba kereta yang pernah aku lihat datang ke rumahku. Kereta serba hitam dan dua buah lagi kereta mewah menuju ke rumahku. Aku mula teringat yang kereta serba hitam itu milik Mazlan. Hatiku mula berdebar-debar. Agaknya kali ni rombongan meminang aku. Bisik hatiku.
Ibuku sudah terpacak berdiri di hadapan rumah tersenyum lebar. Aku terus berlari masuk ke dalam bilikku. Hatiku mula cemas.

Assalamualaikum…
Waalaikumusalam…ibuku menjawab.
Aku mengintai melalui pintu tingkap bilikku. Sangkaanku tepat sekali. Aku melihat semua orang yang keluar daripada kereta berpakaian segak. Terlihat ada yang membawa bunga dan hadiah seperti rombongan meminang.
Maafla ganggu. Kehadiran kami tidak diundang. Kami datang ada hajat yang tidak ternilai tinggi bagi kami sekluarga. Anak manja keluarga kami ni berhajat sangat. Salah seorang berkata-kata kepada ibuku. Mungkin ayah dia kot. Bisik hatiku lagi.
Jemputlah masuk. Saya dah kenal nak Mazlan ni. Ibuku menjawab.
Walaupun berstatus kaya, namun mereka semua tidak sombong. Mereka mula menjejakan kaki masuk ke rumahku. Ibuku menyuruhku membuat minuman. Seperti biasa adat meminag dimulakan oleh keluarga Mazlan. Ibuku yang tidak pandai hanya mengikut sahaja. Aku tidak mengambil tahu apa yang dibualkan mereka. Aku hanya duduk di dalam bilik dan merenung masa depan hidupku yang akan datang.

Nadia…oh Nadia..
Aku terkejut dari lamunan. Aku terdengar suara seolah-olah ibuku memanggilku. Rupa-rupanya memang betul itu suara ibuku. Aku dengan lantas menuju kepada ibuku.
Inilah anak mak cik yang Mazlan berkenan tu. Nadia namanya. Ibuku memperkenalkan aku kepada keluarga Mazlan. Aku bersalam dengan ibu dan kakak-kakak Mazlan. Semuanya baik-baik belaka.
Nadia, kami dah berbincang tadi. Kami dah tetapkan perkahwinan kamu pada bulan depan. 22 Mei. Aku terkejut dan seperti biasa aku hanya mengeluarkan senyuman. Aku terus menuju ke bilikku. Ibuku mula berkata..biasalah malu tapi mahu. Mereka semua gelak ketawa.
Hatiku mula cemas. Terikh perkahwinanku dah dekat. Aku begitu takut. Aku ni apalah sangat nak dibandingkan dengan Mazlan. Mazlan seorang cikgu dan mempunyai perniagaan sendiri. Aku ni hanya lulusan PMR. Lagipun aku tidak mencitainya. Aku berasa pelik kenapa Mazlan mencintaiku. Dia tu hensem dan kaya. Dia boleh dapat yang lebih baik daripadaku. Apa-apa pun aku terpaksa teruskan perkahwinan ini. Aku tak kan malukan ibuku.

Tibalah hari yang mendebarkan aku. Aku dimekap oleh jurumekap yang telah dibayar oleh Mazlan. Rumahku dihias cantik. Semuanya duit Mazlan. Kenduri pun memang agak besar. Aku tidak peduli semua itu. Hatiku menjerit waktu ini. Ingin aku melarikan diri tapi aku sayang ibuku. Aku tak habis-habis menatap wajah ibuku. Ibulah permata hatiku walaupun aku akan terpisah jauh dengan ibuku nanti. Sudah tentu aku akan dibawa Mazlan ke tempat dia mengajar iaitu kat Johor. Rindulah aku nanti kat ibuku. Semuanya sudah selesai. Mazlan dengan senang menglafazkan ucapan akad nikah. Kini aku sah bergelar isteri Mazlan.

Selesai semua kenduri tinggallah aku bersama-sama Mazlan dan keluarganya. Keluarganya turut pulang setelah semuanya selesai. Aku bersalam dengan ibu mertuaku. Memang baik orangnya. Kakak-kakak Mazlan pun baik. Bahagia juga aku rasa. Abang-abang ipar Mazlan juga sporting. Siap bergurau lagi. Malam nanti jangan gelojoh. Kata salah seorang abang iparnya. Kata-kata itu membuatkan aku takut. Aku takut nak hadapi malam.

Selesai bersalaman dan berpeluk mereka pun beredar. Kini hanya tinggal Mazlan dan aku. Ibuku sudah masuk ke dapur. Mazlan memegang tanganku. Aku terkejut lantas lari masuk ke dalam bilik. Mazlan masuk ke dalam bilikku. Aku mula cemas. Aku ingatkan dia nak apa-apakan aku. Rupa-rupanya dia masuk hanya nak solat asar. Aku keluar bilik meninggalkan Mazlan untuk solat asar. Jam menunjukkan pukul enam. Selesai Mazlan solat asar, Mazlan mendampingiku yang sedang seronok menonton televisyen. Aku menjauhkan diri daripadanya. Tiba-tiba ibuku memanggilku. Hatiku begitu lega. Akhirnya dapat juga aku melarikan diri daripada Mazlan. Aku disuruh ibuku untuk menyiapkan makan malam.

Setelah selesai solat maghrib dan isyak berjemaah, kami pun menjamu selera untuk makan malam. Mazlan menjadi imam solat tadi. Bagus juga Mazlan ni rupanya. Aku tersenyum seketika. Selesai makan, Mazlan menonton televisyen bersama adik-adiku. Adik-adikku seolah-olah gembira dengan kehadiran Mazlan. Sementara aku pula sibuk membantu ibuku mengemas dapur. Sejurus selesai sahaja mengemas dapur aku terus masuk bilik tidurku dan menyelimutkan diriku untuk tidur. Tidak lama kemudian pintu bilikku dibuka. Aku mula berasa takut dan aku buat-buat tidur. Mazlan yang membuka pintu tadi masuk menguci pintu lantas menuju ke arahku.

Dah tidur ke sayang? Mazlan membisik kat telingaku.
Aku terdiam dan memejamkan mata. Mazlan dah putus asa terus tidur di sebelahku. Aku berasa bersalah tetapi aku tidak bersedia untuk itu dan tidak rela. Hampir seminggu keadaan kami begitu. Namun, Mazlan tetap bersabar denganku. Dia seolah-olah faham perasaanku.
Seminggu aku bersama ibuku. Tibalah masa untuk aku meninggalkan ibuku kerana Mazlan akan mula mengajar lusa. Hatiku berat untuk meninggalkan ibuku tetapi aku terpaksa. Setibanya aku di rumah Mazlan, aku seperti biasa memperlakukan Mazlan seperti di rumahku. Mazlan begitu baik dan menerima. Hampir sebulan aku bersama Mazlan tetapi Mazlan masih belum berpeluang menjamahku. Aku rasa bersalah tetapi aku tidak dapat merelakan lagi. Bagiku Mazlan memang baik.

Tiba-tiba aku mendapat berita daripada sepupu aku, Atikah yang ibuku hidup dalam kesempitan. Kesempitan dengan masalah kewangan ditambah lagi adikku dimasukkan ke hospital disebabkan jantung berlubang. Walaupun Mazlan sudah berkali-kali menyuruhku menghantar duit kepada ibuku tetapi aku hanya mampu menipu yang aku sudah mengirimnya. Hakikatnya aku tidak pernah mengirim pun. Aku sebenarnya tak nak guna duit Mazlan untuk ibuku. Lagipun aku begitu marah dengan ibuku yang bersetuju menikahkan aku dengan Mazlan walaupun aku yang bersetuju. Aku berdendam dengan ibuku. Sekarang aku memang bimbang akan keadaan ibuku sebenarnya. Apa dosa yang aku buat ni…aku biarkan ibu kandungku merana sedangkan aku senang-lenang di sini. Aku dah berdosa kepada ibuku. Berdosa kepada Mazlan. Aku memang teringin nak kirim duit untuk ibuku tetapi aku tak nak guna duit Mazlan. Dia bukan lelaki yang aku cintai dan aku tidak pernah mengangapnya sebagai suamiku dan menantu kepada ibuku dan ditambah lagi dengan perasaan marah tak terhingga kepada ibuku kerana mempersetujui pernikahan ini. Setelah aku mendapat berita itu, aku hanya mampu bersedih dan menangis. Aku akan menangis di dalam bilik dan menyembunyikan daripada pengetahuan Mazlan. Penyembunyianku tidak bertahan lama. Mazlan yang mengetahui ketiadaanku di hadapan televisyen pada waktu kepulangannya membuatkan Mazlan rasa hairan. Tiba-tiba pintu bilikku dibuka. Aku tidak tahan menahan air mataku mengalir dan membiarkan Mazlan melihatnya walaupun aku tidak mahu Mazlan mengetahuinya. Mazlan cepat-cepat datang kepadaku. Aku tiba-tiba terlentok dibahunya. Aku sudah tidak fikirkan apa-apa. Aku hanya memikirkan keadaan ibuku. Kenapa ni sayang? Mazlan bertanya. Aku hanya terdiam dan menangis.

Mazlan melihat telefon bimbitku ditanganku terus Mazlan mengambilnya daripadaku. Aku sudah tidak peduli apa-apa. Mazlan membaca mesej yang dihantar oleh Atikah. Tiba-tiba Mazlan mengeluarkan kata-kata. Bukan ke sayang dah kirimkan wang kepada ibu? Abang dah berikan wang untuk ibu kan? Aku terdiam. Dengan teresak-esak aku menjawab. Maafkan saya,awak. Saya dah menipu awak. Saya sebenarnya tidak pernah pun mengirimkan wang kepada ibu. Saya sebenarnya tidak mahu menggunakan duit awak. Saya tidak pernah pun mengangap awak suami saya dan menantu kepada ibu saya. Saya tidak rela pun menjadi isteri awak tetapi hanya untuk mengembiakna hati ibu saya. Mendengar kata-kata saya itu tadi membuatkan Mazlan rasa bersalah. Mazlan terdiam lantas mendail nombor Atikah.

Assalamualaikum Atikah…
Maaflah ganggu kau..macam ni, aku dengar mak Nadia kesempitan. Betul ke?
Sampai hati kau Mazlan. Kau biarkan mak Nadia merana. Kau bersenang-lenang kat sana.
Aku akan balik ke sana malam ni. Pagi esok sampailah kot. Ujar Mazlan melalui perbualan telefon dengan Atikah.

Awak…maafkan saya..saya tak berniat pun..kita akan balik kampung malam ni..bersiaplah..Mazlan dengan lembut meminta maaf. Bagiku Mazlan tidak bersalah apa-apa pun. Mazlan begitu baik terhadapku Cuma aku tidak menghargainya dan tidak boleh menerimanya. Mazlan menyuruhku bersiap untuk balik ke kampung malam ni. Aku dengan segera berkemas tanpa memikirkan perasaan Mazlan. Aku begitu gembira kerana dapat balik kampung. Tepat jam 9.20 malam kami bertolak. Kami sampai pukul lima pagi. Hatiku begitu gembira namun aku lihat rumahku sunyi sepi. Mak…mak..aku memanggil ibuku..baru aku teringat yang ibuku berada di hospital menemani adikku yang sakit. Adik aku dua orang lagi Atikah yang tolong jagakan. Aku memasuki rumahku. Selesai solat subuh aku berehat di bilikku sementara Mazlan berehat di ruang tamu. Mazlan tidak masuk ke dalam bilikku mungkin dia memahami kata-kataku tadi. Aku melihatnya kesian tetapi aku biarkan dia kesejukkan di luar.

Badanku merasa sejuk teramat. Keadaan pagi yang begitu sejuk membuatkanku terkejut daripada tidur. Aku memang tidur nyenyak walaupun hanya nak berehat sahaja. Aku tidur di atas katil empuk sedangkan Mazlan tidur di atas tikar tanpa alas. Aku bangun daripada katilku lantas menjenguk di luar keadaan Mazlan. Aku lihat dia duduk di kerusi sambil berpelukan. Mukanya begitu sedih sekali. Aku tidak tahu apa yang difikirkannya. Aku menghampirinya tiba-tiba aku melihat air matanya keluar.

Awak, kenapa ni? Awak menangis ke? Aku bertanya Mazlan.
Tak adalah..mata saya masuk habuk tadi. Awak tak tidur ke? Sudahlah tu. Nanti kita pergilah kat adik awak tu. Kita jumpalah ibu awak nanti. Pasal kos perubatan tu tak payah bimbang. Saya akan tanggung semuanya.
Aku dengan angkuh dan tidak berperasaan memaksa Mazlan bersiap cepat dan menghantar aku ke hospital. Mazlan tidak membantah dengan menurut kemahuanku. Aku tiba-tiba tersentuh. Begitu kejam dan kasar aku melayani Mazlan tetapi dia begitu baik kepadaku. Ahhh..aku bukannya suka kat dia..lantak dialah..yang penting ibu dan adikku..

Tak lama kemudian Mazlan selesai mandi dan bersiap. Aku juga bersiap selepas Mazlan masuk mandi tadi. Sedang aku mengemas barang tiba-tiba hatiku berbisik ingin mengetahui sebab Mazlan menangis. Jawapan dia tadi aku tahu hanya menipu. Selesai aku bersiap, aku cepat-cepat bertanya Mazlan.
Awak, saya nak Tanya sesuatu boleh?
Apa? Mazlan menjawab.
Saya tahu awak menipu tadi yang awak cakap mata awak masuk habuk. Saya tahu awak menangis. Kenapa awak menangis? Awak menangis sebab tak dapat cinta saya?
Untuk pengetahuan awak, saya memang tidak mencintai awak. Awak je yang syok sendiri. Saya nak awak tahu semua ini.

Mazlan hanya terdiam dan air matanya sedikit mengalir. Aku terdiam. Hatiku mula rasa bersalah. Mulutku begitu celupar tadi.

Saya minta maaf awak. Mazlan mengucapkan maaf kepadaku. Saya tahu saya dah rampas kebahagiaan awak. Untuk pengetahuan awak…sejak mula saya melihat awak kali pertama di rumah Atikah..hati saya mula tertarik..saya tak kisah pun mengenai latar belakang awak..saya terima awak tidak berpelajaran..saya terima awak anak orang miskin..saya tak marahkan awak walaupun awak layan saya buruk..tapi saya kecewa dengan diri saya sendiri..saya begitu angkuh sehingga tidak bertanya perasaan awak..untuk pengetahuan awak..saya mula syak yang awak tidak suka saya sejak melihat layanan awak tetapi disebabkan saya sayang awak dan memikirkan rumahtangga yang baru terbina saya abaikan je..bagi saya mungkin tak serasi lagi..mungkin mengambil masa..tapi saya silap. Saya silap tafsir. Rupa-rupanya awak memang tak suka saya. Awak tak perlu bimbang. Selesai saja urusan di sini nanti saya akan balik ke Johor seorang. Saya akan uruskan semua perbelanjaan perubatan adik awak. Saya dah sediakan peruntukan untuk awak sekeluarga. Saya akan lepaskan awak. Saya tahu itu yang awak mahu. Saya minta maaf. Saya berdosa dalam hal ni. Saya nak awak tahu. Sejak saya jumpa awak, hati saya tertutup untuk orang lain. Saya cuba yang terbaik untuk awak tapi mungkin awak bukan jodoh saya. Sekali lagi saya minta maaf..(aku lihat air matanya mengalir begitu banyak..)

Mazlan diam lalu mengangkat barang-barang yang aku siapkan tadi untuk ke hospital. Mendengar kata-kata Mazlan tadi membuatkan aku bersalah. Dia cukup baik untukku. Adakah aku akan berjumpa lelaki yang lebih baik daripada ini? Kalau Mazlan lepaskan aku, adakah hidup aku bahagia? Boleh ke lelaki memberi layanan yang baik seperti Mazlan? Mazlan baik…aku mula menangis lantas aku berlari mendapatkan Mazlan terus tubuhnya aku peluk. Mazlan yang terpingga-pingga melepaskan beg.

Maafkan sayang, abang…sayang yang bersalah. Sayang berdosa dengan abang. Jangalah tinggalkan sayang. Sayang minta maaf. Sayang tak nak berpisah dengan abang. Sayang yang bodoh tidak pandai menghargai kasih sayang abang.

Mazlan mengesat air mataku. Mazlan memelukku dengan erat. Aku merelakannya. Aku sudah tak tahan sedih memikirkan yang Mazlan akan meninggalkanku. Aku merelakan Mazlan memelukku walaupun sebelum ni aku tidak suka. Mazlan berkata kepadaku..abang tetap sayang isteri abang ni walau apa keadaan pun. Dah lah menangis. Abang min…tidak sempat Mazlan menghabiskan ucapannya aku menutup mulutnya dan mulutnya aku cium. Mazlan tersenyum gembira. Sayang minta maaf. Sayang janji sayang akan bahagiakan abang.

Dah jomlah kita pergi hospital melawat ibu dan adik. Ujar Mazlan tiba-tiba. Adikku kini selamat menjalani pembedahan dan hidupnya kembali normal. Ibuku tidak lagi hidup susah kerana aku membawanya bersama adik-adikku ke Johor tinggal bersamaku. Aku bahagia mempunyai suami yang begitu menyayangiku dan baik. Hari-hari aku akan memeluk Mazlan sama ada sebelum pergi kerja atau selepas pulang kerja. Aku bersyukur dengan tentuan Illahi..Apa yang berlaku semuanya ada hikmah…aku gembira kini…

Penulisanku,
Mazlie
( Mazlie Muhammad)
UPSI, 17/10/2010
Jam 5.56 PM

No comments:

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad