Kata adjektif merupakan salah satu golongan kata utama dalam bahasa Melayu. Golongan kata yang lain ialah kata nama, kata kerja, dan kata tugas.
Kata adjektif yang juga dikenal sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif itu boleh terdiri daripada hanya satu kata atau binaan beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain, seperti kata bantu atau kata penguat. Oleh itu, kata adjektif dapat dikenal pasti dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya: amat manis, manis sungguh, sangat lain, dan lain sekali.
Kata amat, sungguh, sangat dan sekali ialah kata penguat yang boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif dan frasa adjektif. Kata adjektif dalam frasa adjektif tersebut ialah manis (amat manis, manis sungguh), dan lain (sangat lain dan lain sekali).
Dalam ayat, kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau sesuatu frasa nama. Dengan kata lain, kata adjektif hadir di belakang kata/frasa nama dalam binaan frasa adjektif. Misalnya, dalam frasa angin kencang, kebaya labuh dan mi segera, kata adjektif kencang, labuh dan segera berada di belakang kata nama, dan menerangkan kata nama angin, kebaya dan mi.
Kata adverba bukan satu daripada golongan kata utama yang sama tarafnya dengan golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata ini merupakan bahagian atau salah satu jenis golongan kata tugas. Kata tugas bahasa Melayu mempunyai 17 jenis, dan selain kata adverba termasuklah kata hubung, kata sendi, kata seru, kata bantu, kata penguat dan kata arah.
Kata adverba ditakrifkan sebagai perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Fungsinya ini berbeza dengan fungsi kata adjektif yang menerangkan kata nama dan frasa nama. Telitilah ayat-ayat contoh yang berikut ini:
1. Kami kadang-kadang membincangkan hal itu.
2. Mereka begitu mahir dalam bidang komputer.
3. Pegawai baharu itu dijangka tiba pada hari esok.
4. Dia sering kali ke Beijing sejak suaminya berada di sana.
Kata adverba kadang-kadang menerangkan kata kerja membincangkan, kata adverba begitu menerangkan kata adjektif mahir, kata adverba esok menerangkan kata nama hari dan sering kali menerangkan frasa sendi nama ke Beijing.
Dalam bahasa Melayu, ada empat bentuk kata adverba, iaitu kata adverba jati (sering, kadang-kadang, saling, begitu), adverba yang asalnya daripada kata adjektif (kencang, kuat, hampir, kurang), kata adverba yang asalnya daripada kata kerja (berkilat, berseri, menyala, membisu), dan kata adverba ganda (betul-betul, sekali-kali, berdikit-dikit, kecil-kecilan). Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
5. Kenalan rapat Kernil Singh bernama Hardeep Kaur.
6. Padi yang ditanam rapat tidak dapat beranak banyak.
7. Suara pegawai tentera itu garau.
8. Pegawai tentera itu bersuara garau.
9. Tali itu panjang.
10. Aiman sudah besar panjang.
11. Kami makan mi segera.
12. Penghidap H1N1 dinasihati ke hospital segera.
Dari segi penggolongan kata, rapat, garau, panjang dan segera dalam ayat 5 – 12 ialah kata adjektif. Kata rapat, garau, panjang dan segera dalam ayat 5, 7, 9 dan 11 berfungsi sebagai kata adjektif kerana menerangkan kata nama kenalan (ayat 5), kata nama suara (ayat 7), kata nama tali (ayat 9), dan kata nama mi (ayat 11).
Dalam ayat 6, 8, 10 dan 12 pula, kata adjektif rapat, garau, panjang dan segera bukan bertindak sebagai penerang kata nama, tetapi masing-masing menerangkan kata kerja ditanam (ayat 6), kata kerja bersuara (ayat 8), menerangkan kata adjektif panjang (ayat 10), dan menerangkan frasa sendi nama ke hospital (ayat 12).
Berdasarkan ayat 5 – 12 di atas, ketaralah kata adjektif, selain berfungsi sebagai kata adjektif, dapat juga berfungsi sebagai kata adverba bagi tujuan untuk menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama.
Demikian huraian tentang dwifungsi kata adjektif dalam ayat bahasa Melayu. Oleh itu, berhati-hatilah anda menggunakan kata adjektif sebagai kata adjektif, dan kata adjektif yang berfungsi sebagai kata adverba.
Penggunaan kata sendi nama waktu dalam konteks berbahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan, masih kerap menimbulkan permasalahan yang sungguh menonjol. Dengan melihat kesalahan-kesalahan bahasa yang berkaitan dengan penggunaan kata sendi ini, dapat kita rumuskan seolah-olah pengguna bahasa tidak bijak memilih kata sendi nama yang sesuai untuk menyatakan sesuatu hal, khususnya hal yang bersabit dengan faktor waktu.
Sesetengah orang, kesalahan-kesalahan tersebut hanyalah permasalahan kecil sahaja, yang tidak pula menjadikan bahasa itu rancu. Anggapan begitu tidak harus dijadikan alasan untuk membiarkan bentuk bahasa yang sedemikian rupa. Ketidakprihatinan kita terhadap usaha membetulkannya akan mencetuskan bentuk bahasa yang tidak keruan kerana bahasa yang tidak menurut acuannya.
Tulisan pada kali ini berfokus pada kesalahan penggunaan beberapa kata sendi nama waktu bahasa Melayu.
Kata sendi nama dari, ke, pada, hingga, sejak (semenjak) digunakan di hadapan kata atau frasa nama yang menunjukkan waktu (masa). Selain itu, kata sendi dari, ke dan pada digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat dan arah, seperti dalam frasa dari atas, dari Kajang, ke kedai, ke utara, ke sisi, pada Aiman,dan pada pipinya .
Kata sendi dari menjadi penanda frasa sendi nama yang menyatakan waktu. Hal ini ditunjukkan seperti dalam ayat yang berikut:
1. Majlis itu berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
2. Penduduk kampung itu berkawal dari waktu Maghrib hingga waktu Subuh.
Kata sendi dari tidak boleh ditukar ganti dengan kata sendi nama daripada kerana kata sendi daripada tidak digunakan sebagai penanda waktu melainkan untuk menyatakan hal-hal seperti yang berikut:
(a) Punca bagi manusia, haiwan atau benda (daripada Ain, daripada Jabatan Perdana Menteri)
(b) asal kejadian dan sumber (daripada muntah lembu, daripada emas)
(c) unsur perbandingan atau perbezaan (lebih bijak daripada Sail)
(d) unsur pecahan atau bahagian (separuh daripada keseluruhannya)
(e) benda dan hal yang abstrak ( daripada pandangannya itu)
Oleh itu, ayat-ayat yang berikut ini tidaklah tepat penggunaan kata sendi nama daripada untuk waktu:
3. *Saya menunggu kamu daripada pukul 3.00 petang.
(seharusnya: ... dari pukul 3.00 petang)
4. *Syahmi tidur daripada pukul 8.00 pagi tadi.
(seharusnya: ...dari pukul 8.00 pagi tadi)
Kata sendi hingga digunakan di hadapan kata/frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, atau jarak waktu tentu. Tidak seperti kata sendi nama dari, kata hingga dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama sampai yang juga menunjukkan konsep perhinggaan masa. Ayat contohnya:
5. (a) Mereka bergadang hingga dinihari.
(b) Mereka bergadang sampai dinihari.
6. (a) Pasukan ini mara hingga peringkat separuh akhir.
(b) Pasukan ini mara sampai peringkat separuh akhir.
Sebagai penanda jarak waktu tertentu, yakni merujuk lamanya tempoh dari detik permulaan sesuatu kejadian hingga detik penghabisan kejadian yang sama, kata sendi nama dari dan hingga atau sampai digunakan bersama. Contoh penggunaannya:
6. Petani gigih itu bekerja dari pukul 7.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.
7. Tawaran barangan harga rendah itu bermula dari
1 November hingga 30 November 2009.
Oleh sebab kata sendi hingga dan sampai sedia mengandungi maksud titik penghabisan berlakunya sesuatu kejadian itu, maka kata sendi nama ke tidak perlu lagi mengikuti kata sendi nama hingga dan sampai itu. Ayat-ayat yang berikut ini tidak gramatis tatabahasanya:
8. (a) *Ayahnya keluar dari awal pagi hingga ke lewat malam.
(a) *Ayahnya keluar dari awal pagi sampai ke lewat malam.
Kata sendi nama sampai tetap juga menunjukkan titik penghabisan berlakunya sesuatu kejadian apabila digunakan tanpa berpasangan dengan kata sendi dari. Contohnya:
9. Pegawai itu bekerja sampai pukul 5.00 petang.
Selain digunakan untuk manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu, kata sendi nama pada digunakan juga untuk menunjukkan waktu. Hal ini ditunjukkan penggunaannya dalam ayat yang berikut:
10. Rombongan kebudayaan itu tiba pada pukul 10.00 lagi.
11. Kamus telapak itu ada pada Husna. (manusia)
12. Pada pendapat saya, rancangan itu baik. (abstrak)
13. Minyak angin itu disapukan pada kulitnya.
Harus diingat, kata sendi nama pada tidak boleh bersilih ganti dengan kata sendi di, kerana di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Oleh itu, ayat-ayat contoh yang berikut ini salah tatabahasanya.
14. *Suasana di pagi hari raya sungguh meriah.
(seharusnya: pada pagi...)
15. *Di masa kemelesetan ekonomi ini, kita harus berhemat berbelanja.
(seharusnya: Pada masa ...)
Sebagai kata sendi nama, kata sejak/semenjak membawa maksud penanda waktu, yakni menyatakan makna bermula dari sesuatu masa tertentu, maka mestilah digunakan di hadapan kata nama dan frasa nama. Contoh penggunaannya:
16. Adib tinggal bersama-sama dengan bapa angkatnya sejak lima tahun yang lalu.
17. Semenjak kematian isterinya beberapa bulan ini, beliau kelihatan sugul sahaja.
Kata sendi nama yang menunjukkan waktu seterusnya ialah kata sendi ke. Contoh penggunaan kata tersebut dalam ayat adalah seperti yang berikut:
18. Pemeriksaan cukai jalan kenderaan akan diadakan dari
semasa ke semasa.
Dalam hal frasa sendi nama dari semasa ke semasa ini boleh sahaja disebut dari satu masa ke satu masa kerana awalan se itu membawa maksud satu. Salah pula jika kata bilangan satu atau se tidak digunakan pada kedua-dua kata nama itu sekali gus. Contoh-contoh kalimat yang salah:
19. *Pembangunan negara akan dilaksanakan dari masa ke semasa.
20. *Senarai daftar pengundi akan diperkemas dari semasa ke masa.
21. *Pemeriksaan kebersihan gerai-gerai makanan akan dilakukan oleh pihak Penguat Kuasa Perbandaran dari masa ke satu masa.
Penggunaan pasangan kata dari yang diikuti sendi nama ke tidak boleh digantikan dengan pasangan daripada dengan kepada seperti yang berikut:
22. *Pemeriksaan cukai jalan kenderaan akan diadakan daripada masa kepada semasa.
atau
23. *Daripada sehari kepada sebulan; daripada bulan kepada tahun usia kita akan bertambah.
Begitulah huraian tentang penggunaan kata sendi nama yang berkaitan atau yang menunjukkan waktu. Hakikat yang jelas ialah bahawa kata sendi nama waktu ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan hal waktu.
Kata Majmuk
-dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna baharu yang berbeza dengan maksud asal. Misalnya, rumah sakit tidak menggambarkan makna bagi binaan untuk tempat tinggal tetapi merujuk kepada rumah untuk merawat orang sakit atau hospital.
Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya, kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah:
1. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya:
Guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, setiausaha politik, dan sebagainya.
2. Kata majmuk yang merupakan istilah khusus. Contohnya:
Garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk, dan sebagainya.
3. Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa. Contohnya:
tumbuk rasuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang, makan angin, dan sebagainya.
Namun begitu, terdapat juga kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan, antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kerjasama, olahraga, matahari, kakitangan, setiausaha, sukarela, tanggugjawab, tandatangan, warganegara, pesuruhjaya, suruhanjaya, dan sebagainya.
Kata majmuk dapat dikenal melalui beberapa cara. Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk. Contohnya:
tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan urusetia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia kaki tangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan tanah air tidak dapat disispkan dan bagi membentuk tanah dan air
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran, atau apitan. Contohnya, pada kata membeliI, kata ini mempunyai awalan mem- dan kata dasar beli. Gabungan kata dasar beli dan imbuhan mem- menghasilkan kata terbitan membeli. Dalam bahasa Melayu terdapat imbuhan asli yang tersendiri seperti –an, -kan, i, pe-, men, se-, men-…kan dan sebagainya. Imbuhan pinjaman pula aalah seperti maha-, eka-, wan, p-man, bi-, -wi, -iah, pro-, anti-, -isme, si, dan sebagainya. Apabila sesuatu kata ada imbuhan seperti yang dinyatakan tadi, kata itu merupakan kata terbitan seperti pelari, melayan, memakan, dan sebagainya.
Kata dasarkata terbitan
Laripelari,melarikan
Layan pelayan,melayan
Nyanyi penyanyi,menyanyi
Kata terbitan boleh bermacam imbuhan seperti awalan ber, me,mem,pe,per,memeper…kan, dan lain-lain lagi. Harus diingat, kata adjektif tidak boleh hadir dengan tiga imbuhan seperti memperbesarkan, mempercantikkan, memperdalamkan, dan sebaginya. Bagi kata adjektif hanya dua imbuhan maksimum boleh digunakan iaitu mempebesar, mempercantik, memperdalam, dan sebagainya.
Pembentukan kata ialah proses membentuk sesuatu perkataan . Perkataan dalam sesuatu bahasa mengandungi bentuk. Yang dikatakan bentuk perkataan ialah rupa unsure tatabahasa. Perkataan dalam bahasa Melayu dapat dijeniskan kepada empat bentuk, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk. Contohnya:
Batu ( kata tunggal )
Batuan ( kata terbitan )
Batu-batu ( kata ganda )
Kepala batu ( kata majmuk )
Kata tunggal
Dari segi istilah, kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar iaitu yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata akar juga merupakan kata tunggal yang tidak mempunyai imbuhan. Misalnya, kereta, tidur, dan cantik merupakan bentuk kata tunggal yang tidak menerima apa-apa imbuhan, tidak digandakan dan tidak pula bergabung dengan kata dasar yang lain bagi membentuk kata majmuk.
Akronim juga termasuk dalam jenis kata tunggal. Kata akronim ialah bentuk yang dihasilkan melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Harus diingat, akronim merupakan bentuk yang sedap bunyinya apabila disebut seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia ), Proton ( Perusahaan Otomobil Nasional ) tetapi UM (university Malaya ), UKM ( Universiti Kebangsaan Malaysia) bukan bentuk akronim tetapi singkatan perkataan.
Kata Tunggal Golongan Kata
Jalan,computer, pasar,
sarjana,struktur, kompleks kata tunggal
Tidur, makan, lukis,
main, ajar, alih, buat kata kerja
Buruk, tua, panas,
lemah, hitam, besar kata adjektif
Akan, belum,dari, pada,
maka, dengan, oleh kata tugas
Apa itu morfem?
-morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai makna dan menjadi unsure terbentuknya kata. Misalnya, kata minum ialah morfem kerana unit yang terkecil yang mempunyai makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih kecil.
Ada 2 jenis morfem
1) Morfem bebas- morfem yang dapat berdiri sendiri tanpa bergabung dengan unusur lain seperti pulang, bebas, rumah, lupa, dan sebagainya. Lebih mudah lagi dikatakan sebagai kata yang tidak mempunyai imbuhan.
2) Morfem terikat- morfem yang tidak dapat wujud bersendirian tanpa unsur lain. Lebih jelas lagi kata yang mempunyai imbuhan seperti beR, ke, -kan, meN…kan. Contohnya, lantar tidak boleh berdiri sendiri kecuali diberi imbuhan ter atau –an menjadi terlantar, lantaran.
Kata
kata merupakan satuan makna kerana kata memiliki makna tertentu. Umpamanya, pergi, mengandungi kesatuan makna, tetapi giper tidak ada kesatuan makna. Kata bebas bergerak dalam ayat. Misalnya:
1) Rumah itu kecil.
2) Abang telah membeli rumah itu.
3) Abdullah telah pulang ke rumah.
1.0 Pengenalan
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Golongan kata ganti nama merupakan golongan kata yang berfungsi menggantikan kata nama.
2.0 Konsep
Mengikut Tatabahasa Dewan (2006), kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata ganti nama diri orang, kata ganti nama diri tanya, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti nama tak tentu.
3.0 Bentuk/Golongan
Fokus atau tumpuan utama penulisan ilmiah ini adalah pada golongan kata ganti nama. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada empat golongan, iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan ganti nama tak tentu. Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri orang pertama dan kata ganti nama diri orang kedua.
4.0 Dapatan
Mengikut Tatabahasa Dewan (2006), kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Menurut Asmah Hj. Omar ( 1986) pula, kata ganti nama adalah kata yang berdiri di tempat kata nama. Kata ganti nama boleh bergfungsi pada subjek dan objek ayat. Kata ganti nama ialah kata-kata yang menggantikan, menanyakan serta menunjukkan kata nama atau frasa nama di dalam ayat ( Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, 1995:11 Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada empat golongan, iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan ganti nama tak tentu. Namun, terdapat pelbagai pendapat tentang pembahagian golongan atau jenis-jenis kata ganti nama. Menurut Asmah Hj. Omar (1986), kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga subgolongan iaitu ganti nama diri, ganti nama penunjuk dan ganti nama tanya. Arbak Othman (1989), membahagikan kata ganti nama kepada lima jenis iaitu kata ganti nama orang, kata ganti nama pertanyaan, kata ganti nama umum, kata ganti nama penunujuk, dan kata ganti nama hubungan.
Kata ganti nama diri menurut Asmah Hj. Omar (1995), adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam Tatabahasa Dewan ( 2006), kata ganti nama diri orang ialah jenis kata ganti nama yang merujuk kepada orang tertentu manakala Ahmad Khair Mohd Noor (2007) mendefinisikan kata ganti nama diri orang kepada kata ganti nama diri yang merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Oleh itu, kata ganti nama diri merupakan kata ganti nama diri kepada orang yang bercakap dan orang yang berlawan bercakap atau orang yang diajak bercakap.
4.1 Kata Ganti Nama Diri Orang
4.1.1 Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama
Ganti nama diri orang pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur atau perkataan yang digunakan untuk menggantikan orang yang bercakap. Perkataan saya, aku, beta, patik, daku, ku dan hamba digunakan untuk menunjukkan orang yang bercakap adalah tunggal, manakala ganti nama kami dan kita digunakan untuk jumlah jamak. Penggunaan saya lebih sopan dan lebih hormat serta kerap digunakan dalam perbualan antara golongan muda terhadap golongan tua, perbualan rasmi, dan dalam tulisan. Ganti nama aku kebiasaanya digunakan untuk bercakap dengan orang yang lebih rapat atau akrab seperti bercakap dengan teman dan selalu digunakan dalam perbualan seharian. Saya boleh dipakai dengan sesiapa saja pada semua masa, tetapi aku hanya boleh dipakai untuk bercakap dengan sahabat karib atau orang yang lebih lama kita kenal (Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan, 1995:14).
Ganti nama ku merupakan singkatan daripada kata aku dan biasa digunakan dalam tulisan. Kata ku ditulis bercantum seperti kutulis, kubaca, dan kubeli iaitu bercantum dengan kata kerja. Ku juga berada dibelakang kata yang merujuk kepada pemilikan, seperti bukuku, begku, dan bajuku atau menjadi objek kata kerja seperti membawaku, menghadiahkanku. Selain ku, daku juga merupakan ganti nama diri pertama tunggal yang digunakan dalam penulisan seperti penulisan sajak, seni kata lagu atau dalam karya sastera.:
Ganti nama diri pertama kami dan kita juga merujuk kepada jumlah jamak.Ganti nama ini kadangkala digandingkan dengan perkataan semua bagi membentuk kami semua atau kita semua. Perkataan kita dipakai jika orang kedua yang ditujukan percakapannya itu meliputi orang yang bercakap, manakala kami digunakan jika tidak meliputi orang kedua yang dilawan bercakap ( Arbak Othman, 1989:143).Asraf (1988:7) menyatakan bahawa kami bererti “saya dengan dia” apabila bercakap dengan orang kedua, dan orang yang kita ajak bercakap tidak disertakan. Kita pula beerti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”, dan orang yang kita ajak bercakap disertakan. Bagi Asmah Hj Omar (1993), kami menyisihkan orang kedua, sedangkan kita memasukkan orang kedua.Secara lebih mudah, kami digunakan dengan tidak memasukkan orang yang dilawan bercakap atau orang kedua, manakala kita meliputi penutur, pendengar atau mungkin orang lain. Perbezaannya dapat dilihat pada contoh ayat yang berikut:
(1) Kami berkawan baik sejak kecil.
(2) Kita akan berkawan selamanya.
Ayat “ kami berkawan baik sejak kecil” bermaksud orang kedua tidak ikut serta, tetapi dalam ayat “kita akan berkawan selamanya” orang kedua ikut serta.
Ganti nama diri dalam bahasa istana berbeza dengan ganti nama dalam perbualan seharian masyarakat biasa. Perkataan patik digunakan apabila bercakap dengan orang yang tinggi tarafnya iaitu raja atau kerabat diraja, manakala beta digunakan oleh raja atau kerabat diraja apabila bertitah dengan rakyat. Perkataan tuanku digunakan apabila merujuk kepada diri raja. Selain itu, rakyat akan menggunakan perkataan tuanku apabila rakyat bercakap sesama mereka hal raja atau sultan. Hamba juga merupakan ganti nama diri pertama. Hamba banyak digunakan dalam kehidupan masyarakat zaman dahulu dan dalam cerita klasik. Hamba merujuk kepada diri sendiri yang bermaksud saya. Perkataan tuan hamba sering digunakan pada zaman dahulu apabila bercakap dengan dengan seseorang seperti “tuan hamba hendak ke mana?”. Dalam hal ini, tuan hamba tidak merujuk kepada ganti diri pertama, tetapi diri kedua.
4.1.2 Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua
Ganti nama diri kedua merupakan ganti nama yang digunakan oleh orang yang dilawan bercakap atau pendengar. Ganti nama diri ini digunakan apabila orang yang dilawan bercakap itu berada bersama-sama dengan orang yang bercakap. Ganti nama orang kedua adalah perkataan-perkataan seperti awak, engkau, kalian, anda, kamu, kau, dikau, dan kata singkat mu. Ganti nama diri orang kedua boleh dalam bentuk tunggal dan jamak.
Awak digunakan untuk bercakap dengan orang kedua yang sangat rapat dengan kita seperti kawan karib dan juga digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru kita kenal. Awak digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita ( Asraf 1998:8). Kata ganti diri ini tidak sesuai digunakan untuk bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita kerana boleh dianggap kasar.
Ganti nama diri engkau juga digunakan untuk menunjukkan keakraban dan kemesraan. Engkau boleh mengalami bentuk singkat menjadi kau, begitu juga dengan kamu menjadi mu yang merujuk kepada jumlah tunggal. Dalam keadaan tertentu, hanya kamu boleh merujuk kepada jumlah jamak, seperti dalam ayat Kamu perlu menghantar kertas jawapan ini sekarang, iaitu percakapan seorang guru kepada pelajar-pelajarnya. Kebiasaannya kata ganti nama engkau dan kamu sering digunakan oleh orang tua kepada orang muda. Sering pula kedua-dua ganti nama ini digunakan oleh orang tua kepada orang muda ( Ahmad Khair Mohd Nor, 2007:39). Misalnya dalam ayat, Engkau/kamu budak yang baik. Engkau digunakan dalam doa bagi menggantikan nama Tuhan dan dalam tulisan, huruf “e” ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu, seperti hanya Engkau tempatku bergantung, kepada Engkau akau berserah.
Kata kau merupakan singkatan daripada kata engkau. Kata kau boleh diletakkan di awal perkataan atau di akhir perkataan dalam penulisan. Kau berada di awal perkataan apabila bercantum dengan kata kerja seperti Jangan kaufikirkan hal itu. Hal ini sama juga dengan kata ganti pertama ku yang bercantum di depan kata kerja. Kau berada di akhir perkataan sama juga bentuknya dengan kata ganti nama pertama ku yang berada dia akhir perkataan iaitu apabila menunjukkan pemilikan seperti Ini bukukau? Selain kau, mu juga merupakan kata singkat. Mu merupakan singkatan daripada kata kamu. Kata mu harus bercantum dengan kata yang menyertainya. Kata mu juga boleh diletakkan di akhir perkataan seperti kata ganti ku dan kau yang membawa maksud pemilikan Inikah bajumu?, penyertaan, misalnya, Kami akan bersamamu ke sana, dan objek kata kerja, Ahmad memaksamu pergi sekarang. Mu juga dapat merujuk kepada tuhan. Dalam penulisan, huruf “m” ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu dan diletakkan tanda sempang, misalnya, Hanya kepada-Mu kumeminta. Daku juga bentuk singkat iaitu singkatan daripada “diri aku” mankala, dikau pula bermakna “diriengkau” atau “dirikau”. Pengunaan daku dan dikau adalah sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif yang diakhiri dengan huruf “n”, Asraf (1989), misalnya Ayahmu teringat akan dikau.
Anda boleh membawa maksud kamu jika dilihat dari sudut pandangan kerana boleh ditukar ganti, seperti dalam ayat Ini beg anda/kamu?, Anda/kamu yang memangilku tadi? Selain itu, anda bersifat tidak peribadi dan tidak dikhususkn kepada seseorang misalnya, Jika anda fakir anda boleh buat, buatlah., dan Anda dilarang berkata-kata. Kata anda juga boleh digunakan apabila orang kedua tidak berhadapan dengan kita, seperti dalam iklan Rawatan ini baik untuk anda., atau dalam surat- menyurat, Anda dijemput hadir ke majlis ini. Anda boleh dalam bentu tunggal dan jamak bergantung pada situasi digunakan dan boleh sigabungkan dengan sekalian membentuk anda sekalian yang membaa maksud jamak.
Ganti nama kalian digunakan untuk merujuk kepada jamak atau yang lebih daripada seorang. Ganti nama ini dapat dianggap berasal daripada “kamu sekalian” lalu kata tersebut mengalami peluluhan hingga menjadi kalian ( Ahmad Khair Mohd Nor, 2007:40). Contohnya, Bilakah kalian akan ke sana?. Selain itu, kalian juga digunakan terhadap orang yang lebih muda atau orang yang lebih rendah status dan kedudukan sosialnya. Misalnya, “ Kalian harus berdisiplin ketika menjalankan tugas,” kata Inspektor polis kepada anggota polis.
4.1.3 Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga
Ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang yang dicakapkan seperti dia, beliau, mereka, ia, dan –nya. Perkataan dia, ia, beliau, dan akhiran –nya merupakan ganti nama orang ketiga tunggal, manakala mereka adalah ganti nama orang ketiga jamak. Dia merupakan kata ganti nama yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang dicakapkan. Kata ganti nama ini digunakan untuk dir ketiga yang umum, seperti kawan karib, orang yang lebih muda, atau orang yang lebih rendah statusnya. Misalnya, Afiq adik saya. Dia degil., dan Ahmad anak Pak Salleh. Dia baru saja menamatkan pengajiannya.
Ganti nama ia merupakan singkatan daripada kata dia. Kata ganti nama ini boleh bersilih ganti dengan dia tetapi kata ia tidak digunakan dalam lisan. Kata ia hanya digunakan dalam tulisan tidak seprti dia yang boleh digunakan dalam kedua-dua bentuk. Misalnya, Ia/Dia baik sekali. Dalam tulisan, kata ia tidak boleh berada di akhir ayat, tetapi di awal ayat saja. Kata dia hanya boleh berada di belakang ayat. Contohnya, Saya harus mengajak dia diterima sebagai ayat gramatis, berbanding dengan Saya harus mengajak ia. Kata ia tidak boleh digunakan untuk manusia atau merujuk kepada sesuatu benda yang telah diperkatakan sebelumnya, sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan dan tidak diterima dalam bahasa baku. Kata ia hanya boleh digunakan sebagai kata ganti nama orang. Selain itu, bentuk ianya sering dijumpai dalam penulisan dan ianya bukanlah ganti nama yang baku kerana ia dan nya merupakan dua ganti nama yang tersendiri. Kata ianya merujuk kepada kata nama abstrak dan bentuk tersebut mula muncul dalam tahun 1960-an ( Asmah Hj Omar, 1982: 69).
Ganti nama beliau digunakan untuk rujukan orang yang dihormati dan digunakan dalam konteks rasmi. Kata beliau menunjukkan cirri hormat dan digunakan oleh yang lebih muda dan yang bertaraf lebih rendah kepada orang yang berstatus tinggi. Misalnya, Beliau guru saya., Beliau Perdana Menteri. Beliau tidak boleh digunakan untuk haiwan dan pada orang yang tidak dihormati.. Misalnya, penjenayah itu dibicarakan dan beliau dijatuhi hukuman mati. Kata beliau tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana penjenayah bukan orang yang dihormati dan perlu diganti dengan ia atau dia seperti penjenayah itu dibicarakan dan ia/dia dijatuhi hukuman mati
Mereka merupakan kata ganti nama ketiga jamak dan digunakan hanya untuk manusia. Contohnya, “Murid-murid itu kehujanan. Mereka terpaksa meredah hujan kerana terlewat ke sekolah.” Dalam bahasa Melayu, ganti nama mereka tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada benda atau konsep jumlah yang banyak. Hal ini berbeza dengan bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, mereka (they) boleh digunakan untuk merujuk benda dan konsep. Selain itu, dalam bahasa Inggeris, mereka juga boleh merujuk kepada binatang tidak seperti dalam bahasa Melayu mereka hanya digunakn untuk manusia. Kata mereka juga tidak boleh digandakan menjadi mereka-mereka kerana mereka sudah membawa pengertian jamak. Nya boleh berfungsi menggantikan ganti nama diri dia atau ia dan diletakkan dikahir kata seolah-olah menjadi akhiran. Misalnya, Buku itu dibaca olehnya. Selain itu, nya juga boleh berfungsi sebagai pemilik, Rumahnya besar dan menunujukkan objek, keretanya itu rosak pada pagi tadi.
4.2 Kata Ganti Nama Tunjuk
Menurut Asmah Hj Omar ( 1986 ), ganti nama penunjuk adalah ganti nama yang dengan jelas menunjuk kepada rujukan berdasarkan ukuran jarak. . Arbak Othman (1985), mengkelaskan sebagai kata nama penunujuk yang membawa maksud perkataan-perkataan yang dipakai bagi menggantikan nama benda yang dirujuk atau yang dirujukkan. Bagi Tatabahasa Dewan ( 2000), kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.. Oleh itu, kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang digunakan atau yang berfungsi untuk menggantikan benda atau tempat yang ditunjuk. Kata ini merujuk pada yang dekat dengan orang yang bercakap, manakala, itu merujuk pada yang jauh. Kata ganti tunjuk ini dan itu yang bertugas sebagai penentu dalam frasa nama tidak boleh diletakkan di hadapan kata nama. Misalnya, ini beg, ini kereta. Selain berfungsi sebagai kata tunjuk, ini dan itu juga dapat berfungsi sebagai subjek ayat, predikat ayat, penutup frasa nama dan objek kata kerja. Misalnya:
(1) Ini/itu rumah panjang. (subjek)
(2) Pen awak ini/itu. (predikat)
(3) Peniaga ini/itu dari Kedah. (penutup frasa nama)
(4) Ahmad menghadiahkan ini/itu kepada Siti. ( objek kata kerja)
Selain ini dan itu, ada kata ganti nama tunjuk yang lain yang digunakan untuk menunjukkan tempat iaitu sini (tempat yang dekat), situ (tempat yang agak jauh), dan sana (tempat yang jauh). Golongan sini, situ, dan sana sebenarnya ialah kata nama yang berfungsi sebagai adverba bersama-sama kata depan di, dari, dan ke ( Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan, 1994: 23). Contoh penggunaannya ialah seperti Tempat awak di sini., Mereka ke sana tadi., Rumah saya jauh dari pekan. Selain itu, kata begini, begitu, dan demikian juga berfungsi sebagai kata ganti nama tunjuk yang digunakan untuk menunjukan perkara atau hal. Kata begini untuk menunjukkan yang dekat, kata begitu digunakan untuk menunujukkan yang jauh, dan kata demikian untuk menunjukkan yang dekat dan yang jauh. Misalnya:
(1) Saya tidak suka orang begini.
(2) Jangan buat begitu.
(3) Dia menegaskan demikian.
4.3 Kata Ganti Nama Tanya
Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan (1994 :18). dalam bukunya Nahu Melayu Moden, menyatakan ada empat kata ganti nama tanya iaitu apa, siapa, mana, dan berapa. Menurut Tatabahasa Dewan ( 2000), kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya. Tatabahasa Dewan ( 2000) menyatakan ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu, apa ( merujuk kepada benda atau perkara), siapa (merujuk kepada orang), mana (merujuk kepada benda atau orang). Bagi Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007), menyatakan bahawa kata ganti nama tanya sebagai kata yang menggantikan kata nama dalam pertanyaan dan menyenaraikan siapa, apa, berapa, mana, di mana, ke mana, dari mana, bagaimana, mengapa, kenapa, dan bila sebgai kata ganti nama tanya.
Oleh itu, kata ganti nama tanya ialah perkataan-perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama untuk pertanyaan dalam ayat tanya iaitu apa, siapa, berapa, mana, di mana, ke mana, dari mana, bagaimana, mengapa, dan bila. Kata ganti nama tanya sering dicantumkan dengan partikel –kah. Kata tanya yang dilekati partikel –kah perlu berada di depan ayat. Misalnya, Apakah di dalam peti itu?. Ayat menjadi tidak gramatis sekiranya kata tanya yang dilekati partikel –kah diletakkan di hujung ayat. Misalnya, Di dalam peti itu apakah?. Hal ini berbeza dengan kata tanya kerana kata tanya merupakan kata yang digunakan untuk mengetahui sesuatu maklumat dan untuk mendapatkan jawapan serta digunakan untuk menerbitkan ayat tanya tetapi tidak untuk menggantikan kata ganti nama diri.
4.4 Kata Ganti Nama Tak Tentu
Kata ganti tak tentu ialah perkataan-perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama benda, nama orang, dan nama tempat yang tidak dapat disebut dengan tepat. Antara kata ganti tak tentu yang terpenting ialah apa (bagi benda), siapa (bagi orang), mana (bagi tempat) dan juga kata nama orang (untuk orang yang tak tentu atau tidak dikenali). ( Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan, 1994:20). Asmah Hj Omar (1986) tidak mengakui adanya kata ganti tak tentu. Menurutnya, kata ganti tak tentu sebenarnya adalah kata ganti tanya yang sudah digugurkan cirri pertanyaanya dalam ayat berlapis. Menurut Ahmad Khair (2007), kata ganti nama tak tentu merujuk kepada sesuatu atau seseorang secara tidak tentu iaitu wujud daripada kata tanya yang berulang seperti siapa-siapa, bila-bila, mana-mana, apa-apa, dan sesuatu. Dalam Tatabahasa Dewan (2000), kata apa-apa, siapa-siapa, dan mana-mana adalah termasuk dalam golongan kata ganti nama diri tanya. Oleh itu, jika dilihat daripada semua pandangan, kata ganti nama tak tentu merupakan kata ganti yang merujuk kepada sesuatu benda atau perkara dan juga seseorang dengan tidak tentu. Menurut Za’ba ( 1965 ), bila dan bagaimana juga digolongkan ke dalam kata ganti umum ( kata ganti nama tak tentu ). Kata siapa, apa, bila dan mana tidak boleh digunakan sebagai kata ganti nama tak tentu kerana boleh membawa maksud kata tanya.
Oleh itu, kata yang sepatutunya ialah kata tanya yang digandakan iaitu apa-apa, siapa-siapa,mana-mana, dan bila-bila serta kata sesuatu juga merupakan kata ganti nama tak tentu.. Apa-apa digunakan untuk menggantikan nama benda atau perkara tidak tentu seperti, Saya tidak berkata apa-apa. Siapa-siapa atau sesiapa digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu seperti dalam ayat Saya tidak berpihak kepada sesiapa/siapa-siapa. Mana-mana digunakan untuk menggantikan nama tempat atau nama benda yang tidak tentu seperti, Saya akan pergi ke mana-mana sahaja apabila berasa bosan. Bila-bila digunakan untuk menggantikan masa yang tidak tentu, contohnya, Awak boleh menghubungi saya bila-bila sahaja. Kata sesuatu digunakan untuk menggantikan hal atau haiwan bagi membawa maksud apa-apa seperti dalam ayat Aku sedang memikirkan sesuatu.
4.0 Kesalahan
Kesalahan yang paling ketara dalam kata ganti nama diri adalah dalam penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kedua. Dalam kata ganti nama diri pertama, ku sering dieja secara tidak betul dalm penulisan. Sebagai contoh, Buku itu ku beli tadi. Ku sepatutnya dieja secara bercantum seperti Buku itu kubeli tadi. Selain itu, kami dan kita juga digunakn tidak mengikut tempatnya. Misalnya, kami akan bersahabat selamanya dan kami jangan putuskan ikatan sahabat ini. Penggunaan kami dalam ayat diatas adalah salah kerana kami digunakan apabila orang yang dilawan bercakap hadir bersama-sama dan tidak memasukkan orang kedua dalam perbualan sedangkan dalam ayat di atas memasukkan orang kedua. Kami perlu diganti dengan kita iaitu, kita akan bersahabat selamanya dan kita jangan putuskan ikatan sahabat ini..
Selain itu, penggunaan awak juga digunakan pada bukan tempatnya tetapi tidak nampak ketara. Sebagai contoh, Awak hendak ke mana?.tanya Ali kepada mak cik yang melintas jalan. Penggunaan awak dalam penggunaan ayat di atas tidak sesuai kerana dianggap kasar. Awak digunakan untuk bercakap dengan kawan karib dan orang yang baru dikenali.
Dalam kata ganti nama diri ketiga, beliau sering digunakan sewenag-wenangnya. Beliau digunakan pada tempat yang tidak sepatutnya iaitu pada orang yang tidak dihormati. Contohnya, Penjenayah itu dibicarakan dan beliau dijatuhi hukuman mati. Beliau tidak boleh digunakan untuk orang yang tidak dihormati dan haiwan. Dalam ayat di atas, penjenayah bukanlah orang yang dihormati. Oleh itu, beliau tidak boleh digunakan dan sepatutnya digantikan dengan dia atau ia menjadikan Penjenayah itu dibicarakan dan dia/ia dijatuhi hukuman mati. Kata ganti nama ia digunakan untuk perkara atau benda dan haiwan adalah salah dan tidak boleh digunakan. Misalnya, Rumah itu rumah penjang. Iia terkenal di Sarawak. Penggunaan ia dalam ayat adalah salah kerana ia digunakan untuk merujuk kepada benda atau perkara yang diperkatakan sebelumnya iaitu rumah. Perkataan rumah perlu digantikan dengan rumah iaitu, Rumah itu rumah panjang. Rumah itu terkenal di Sarawak.
5.0 Kesimpulan
Kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata ganti nama diri orang, kata ganti nama diri tanya, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti nama tak tentu. Kata ganti nama diri orang pertama merupakan kata ganti bagi orang yang bercakap iaitu, saya, aku, hamba, patik, beta, ku, daku, kami, dan kita Kata ganti nama diri orang kedua merupakan kata ganti bagi orang yang berlawan bercakap iaitu awak, anda, engkau, kau,dikau, kamu, mu, dan kalian. Bagi kata ganti nama tunjuk pula adalah kata ganti nama yang digunakan atau yang berfungsi untuk menggantikan benda atau tempat yang ditunjuk iaitu ini ( menunjuk pada yang dekat), itu (menunjuk kepada yang jauh), sini ( menunjuk tempat yang dekat ), situ ( menunjuk tempat yang agak jauh ), dan sana ( menunjuk tempat yang jauh ). Kata ganti nama tanya ialah perkataan-perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama untuk pertanyaan dalam ayat tanya iaitu apa, siapa, berapa, mana, di mana, ke mana, dari mana, bagaimana, mengapa, dan bila. Kata ganti tanya sering dilekatkan partikel –kah seperti siapakah, apakah, dan manakah. Kata ganti nama tak tentu merupakan kata ganti yang merujuk kepada sesuatu benda atau perkara dan juga seseorang dengan tidak tentu iaitu apa-apa, siapa-siapa, apa-apa, mana-mana, dan sesuatu.
Bibliografi
Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Arbak Othman (1989). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar (1986). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asraf (1989). Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan (1994). Nahu Melayu Moden. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2006). Tatabahasa Dewan Edisi 000000000
Zainal Abidin Ahmad (1965). Pelita Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunujukkan sebutannya. Secara lebih khusus, fonetik mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan. Manusia mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi tersebut dan membuat transkripsi. Bunyi-bunyi yang dikaji didengar dahulu sebelum dideskripsi. Fonologi pula dapat dirumuskan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Maksudnya bidang fonologi menetukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.
Fitur-fitur distigtif ialah cirri-ciri yang dapat membezakan sesuatu makna. Fitur-fitur itu adalah cirri-ciri mengenai cara dan daerah sebutan serta kualiti bunyi-bunyi tersebut.Dalam analisis fitur distigtif, sesuatu fonem dapat dibezakan dengan sesuatu fonem yang lain. Setiap satu fonem mempunyai beberapa fitur atau juga dikatakan mempunyai satu ikatan fitur. Dalam fitur-fitur itu ada yang distigtif atau membezakannya daripada fonem yang lain. Setiap fitur diberi tanda + atau -. Lambang + bermaksud fonem tersebut mempunyai fitur yang ditandakan dan lambang – bermaksud fonem tersebut tidak mempunyai fitur yang ditandakan.
Dalam bahasa Melayu, terdapat pola-pola intonasi tertentu mengikut jenis-jenis ayat yang diucapkan. Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian, nada suara jarang-jarang mendatar, tetapi berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat. Dalam bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dengan predikat ditandai dengan kata kerja pada predikat. Hal ini tidak semestinya berlaku dalam bahasa Melayu.Sebaliknya, intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu.
2.0 Fitur-Fitur Distigtif
Fitur-fitur distigtif merupakan ciri-ciri yang dapat membezakan makna satu bunyi daripada bunyi yang lain. Fitur-fitur itu adalah ciri-ciri mengenai cara dan daerah sebutan, serta kualiti bunyi-bunyi tersebut. Fitur-fitur ini diberi lambang + atau lambang -. Lambang + membawa makna bunyi tersebut mempunyai fitur berkenaan manakala lambang – bermakna bunyi tersebut tidak mempunyai fitur berkenaan.
2.1 Fitur Distigtif Fonem Vokal
Fitur persukuan digunakan untuk vokal kerana vokal dapat menjadi nukleus suku kata. Oleh sebab itu vokal diberi cirri [+ persukuan ] dan bunyi konsonan [- persukuan ]. Fitur konsonan pula mengasingkan fonem-fonem konsonan daripada bunyi vokal dan geluncuran, separuh vokal, geseran dan hentian glottis. Bunyi [+ konsonan ] dihasilkan dengan penyempitan saluran udara dalam rongga mulut. Bunyi-bunyi vokal dan geluncuran pula tidak demikian dan diberi fitur [- konsonan ].
Seterusnya, bunyi-bunyi vokal diberi fitur tinggi dan rendah, iaitu cirri [sempit] dan [luas] menurut kedudukan lidah dalam saluran rongga yang menghasilkan bunyi [rongga mulut]. Vokal i dan u mempunyai fitur [+ tinggi], iaitu apabila lidah terletak lebih tinggi daripada kedudukan neutral. Begitu juga fitur depan dan belakang adalah berkaitan denga kedudukan lidah, berbanding dengan apabila lidah terletak secara bersahaja di dalam rongga mulut. Lidah boleh disurung ke hadapan atau ditarik ke belakang. Bunyi-bunyi vokal juga diberi fitur bundar. Bibir dimuncungkan bagi menyebut bunyi u dan o, dan bunyi ini diberi fitur [+ bundar] dan vokal e dan a [- bundar]. Fitur vokal adalah seperti berikut:
i [+ depan], [- bundar]
a [+ depan], [- bundar]
u [+ belakang], [+ bundar]
o [+ belakang], [+ bundar]
e [+ depan], [- bundar]
a [+ depan], [- bundar]
2.2 Fitur Distigtif Fonem Konsonan
Bunyi-bunyi konsonan pula mempunyai fitur-fitur lantang, sengau, malaran, anterior, koronal, geseran, bersuara, dan lepasan lewat. Lantang ialah fitur yang dihasilkan apabila udara melalui rongga mulut dengan tidak mengecilkan rongga mulut. Bunyi-bunyi vokal, separuh vokal, likwida [l, r], sengau [m, n, Å‹, Å‹ ] vokal mempunyai fitur [ + lambang]. Bunyi-bunyi malar [+ malar] dihasilkan tanpa halangan kepada saluran udara dalam tongga mulut. Bunyi-bunyi geluncuran, geseran, likwida juga mempunyai fitur [+ malaran], tetapi bunyi-bunyi letupan dan sengau mempunyai fitur [- malaran].
Dua fitur rongga mulut digunakan bagi membezakan bunyi konsonan, iaitu anterior dan koronal. Bunyi-bunyi seperti [p, b, t, d, s, l, m] dan [n] mempunyai fitur [+ anterior] kerana halangan terjadi terkedepan dari daerah lelngit keras-gusi yang digunakan dalam menghasilkan bunyi [c] dan [j].Fitur koronal diberi kepada bunyi yang dihasilkan dengan lidah menyentuh daerah sebutan lelangit keras-gusi iaitu bunyi [t, d, c, j, s, l]. Fitur geseran [+ geseran] digunakan bagi membezakan bunyi-bunyi [b, d, g] daripada bunyi [p, t, k]. Fitur lepas lewat [+ lepas lewat] pula didunakan bagi membezakan bunyi [c, j[ daripada bunyi letupan [p, b,t, d, k, g].
3.0 Intonasi
Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian, nada suara jarang-jarang mendatar, tetapi berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat.
Dalam percakapan, nada suara jarang mendatar, ada kalanya meninggi dan merendah.Ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap.Intonasi penting dalam tatabahasa bahasa Melayu, oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dengan predikat ditandai dengan kata kerja pada predikat. Hal ini tidak semestinya berlaku dalam bahasa Melayu. Sebaliknya, intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu.
Tingkat nada dalam intonasi ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4.
1 – nada yang paling rendah
2 – nada permulaan ujaran sesuatu ayat
3 – nada tekanan
4 – nada yang paling tinggi
Berikut diturunkan contoh-contoh intonasi pada ayat-ayat dalam bahasa Melayu, iaitu:
1)Intonasi ayat penyata
2)Intonasi ayat tanya
3)Intonasi ayat perintah
4)Intonasi ayat terbalik atau songsang
5)Intonasi ayat pasif
3. 1 Intonasi Pada Ayat Penyata Biasa
Intonasi pada ayat penyata mempunyai pola intonasi 2-4-2-3, seperti dalam ayat berikut:
4 3
P e g a w a i i t u p e n g u r u s
2 2
Frasa subjek pegawai itu ditandai dengan tingkat nada 2-4 manakala frasa predikat pengurus ditandai dengan tingkat 2-3.Pemisahan subjek daripada predikat menjadi nyata kerana nada suara turun daripada tingkat 4 pada suku kata akhir frasa subjek ke tingkat 2 iaitu nada permulaan pada frasa predikat.Tingkat nada 3 pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat
3.2 Intonasi Pada Ayat Tanya
Pola intonasi ayat tanya dalam bahasa Melayu ialah 2-4-3-4, dengan nada 3 yang terletak pada suku kata akhir naik kembali ke nada 4 sebagai penutup ayat.
4 3 4
P e g a w a i i t u p e n g u r u s ?
2
Intonasi ini digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seorang pendengar untuk dijawab oleh orang yang ditanyakan.
Ayat tanya juga dapat dibentuk dengan partikel –kah .Kehadiran partikel -kah ini diletakkan pada predikat, kemudiannya mengalami proses pendepanan.Predikat dipindahkan ke hadapan ayat kerana predikat yang disertai partikel –kah itu dipentingkan. Maka intonasi ayat berubah menjadi 2-3-1-4 seperti berikut:
3 4
Pe n g u r u s k a h p e g a w a i i t u ?
2 1
3.3 Intonasi Pada Ayat Perintah
Dalam ayat perintah, bahagian predikat lebih dipentingkan berbanding bahagian subjek. Sebagai contoh, ayat masuk! sebenarnya terbit daripada ayat kamu masuk! Kata ganti nama diri kedua, iaitu kamu digugurkan dan meninggalkan predikat masuk. Frasa predikat masuk dilafazkan dengan tingkat nada 2-3 seperti yang berikut:
3
Ma suk!
2
Ayat perintah di atas dianggap agak keras. Untuk melembutkan perintah itu, maka partikel –lah boleh disertakan. Contohnya seperti di bawah: m a s u k l a h Intonasi ayat ini ditandai dengan tingkat nada 2-3-1
3
Ma suk lah
2 1
3.4 Intonasi Pada Ayat Terbalik atau Ayat Songsang
Susunan ayat penyata bahasa Melayu ialah Subjek + Predikat. Kadangkala dalam percakapan kita seharian, terjadi susunan ayat yang berlawanan dengan pola biasa ini, iaitu predikat mendahului subjek. Ayat yang mempunyai susunan Predikat + Subjek , disebut ayat songsang.
1. Susunan biasa : Kucing itu comel
Ayat songsang : Comel kucing itu
2. Susunan biasa : Pegawai itu pengurus
Ayat Songsang : Pengurus pegawai itu
Intonasi ayat biasa 2-4-2-3, tetapi ayat songsang menjadi 2-3-1. Intonasi ayat penyata biasa seperti yang telah dijelaskan seperti berikut:
4 3
Kucing i tu co mel
2 2
Apabila ayat tersebut disongsangkan, intonasinya bertukar menjadi 2-3-1 seperti ayat berikut:
3
Co mel kucing saya
2 1
Begitu juga ayat-ayat dibawah:
Susunan biasa
4 3
Pegawai i tu pengu rus
2 2
Susunan songsang
3
Pengu rus pegawai itu
2 1
Perhatikan bahawa dalam contoh, ayat-ayat di atas, tingkat nada bagi bahagian predikat kekal pada tingkat 2-3. Tingkat nada berkenaan tidak berubah meskipunn kedudukan predikat berubah ke hadapan ayat. Sebaliknya, yang berubah ialah tingkat nada pada bahagian subjek, iaitu menurun kepada tingkat 1.
Selain partikel –kah, -lah juga menandakan bahawa bahagian predikat diberi penekanan. Oleh sebab kedua-dua partikel ini berfungsi hanya sebagai tanda bahawa bahagian predikat ayat dipentingkan, maka nada untuk –kah dan –lah menurun kepada tingkat 1, bersama-sama keseluruhan subjek ayat berkenaan yang tidak lagi dipentingkan. Sila teliti contoh ayat berkenaan yang tidak lagi dipentingkan. Sila teliti contoh ayat yang mengandungi partikel –kah.
Susunan biasa
43
Pegawai i tu pengu rus
2 2
Susunan songsang
3 4
Pengu rus kah pegawai i tu?
2 1
3. 5 Intonasi Pada Ayat Pasif
Intonasi ayat pasif biasa sama seperti ayat aktif biasa, iaitu 2-4-2-3 Perhatikan kedua-dua ayat ini:
Ayat Aktif
4 3
A li belum membaca buku i tu
2 2
Ayat Pasif
4 3
Buku i tu belum dibaca oleh A li
2 2
Kedua-dua ayat di atas , bahagian pertama merupakan subjek yang mempunyai tingakat nada 2-4 manakala bahagian kedua merupakan predikat yang mempunyai tingkat nada 2-3. Sama juga seperti intonasi ayat tanya aktif biasa dengan ayat tanya pasif biasa, iaitu tingkat nada 2-4 untuk subjek dan 2-3 untuk predikatseperti dalam contoh-contoh berikut:
Ayat Tanya Aktif Biasa
4 3
Di a memohon jawatan i tu?
2 2
Ayat Tanya Pasif Biasa
4 3
Jawatan i tu dipohon nya?
2 2
Walau bagaimanapun, intonasi akan berbeza jika ayat pasif itu merupakan ayat pasif songsang bagi orang pertama dan kedua. Perhatikan ayat-ayat berikut:
( a ) Saya memohon jawatan itu.
( b ) Saya pohon jawatan itu.
Dalam contoh di atas, ayat ( a ) merupakan ayat aktif biasa, manakala ayat ( b ) merupakan ayat pasif songsang. Intonasi ayat (a) ialah 2-4-2-3 adalah seperti berikut:
4 3
Sa ya memohon jawatan i tu
2 2
Nada intonasi ayat ( b )
3
Saya po hon jawatan i tu
2 1
3.6 Intonasi Pada Ayat yang Panjang
Walau bagaimana panjang sekalipun ayat, nada intonasi tetap mempunyai pola yang sama. Turun naiknya suara disesuaikan dengan unit-unit frasa. Dalam hal ini, pola intonasi berfungsi sebagai pemenggal atau pemisah frasa-frasa dalam ayat.
Pelajar sekolah itu membaca buku di perpustakaan.
Ayat di atas boleh dibahagikan kepada tiga frasa intonasi utama, iaitu frasa subjek, frasa predikat dan keterangan. Seperti yang telah dijelaskan, pola intonasi bagi ayat biasa ialah 2-4-2-3. Oleh hal yang demikian, pola intonasi bagi ayat di atas, tanpa keterangan adalah seperti berikut:
4 3
Pelajar sekolah i tu membaca bu ku
2 2
Dalam contoh di atas, frasa di perpustakaan merupakan keterangan tambahan dan tidak begitu penting. Oleh yang demikian, nada yang diterimanya ialah 1. Maka intonasibagi keseluruhan ayat tersebut ialah 2-4-3-1, seperti yang berikut:
4 3
Pelajar sekolah i tu membaca bu ku di perpustakaan
2 2 1
Ayat di atas berkemungkinan diucapkan dengan nada 2-3 pada bahagian tambahan yang menjadi keterangan sekiranya frasa tambahan itu dipentingkan dan perlu ditegaskan seperi yang berikut:
4 4 3
Pelajar sekolah i tu membaca bu ku di perpustaka an
2 2 2
4.0 Kesimpulan
Fitur-fitur distigtif perlu dalam membezakan sesuatu fonem dengan fonem yang lain bagi membezakan makna sesuatu perkataan. Sesuatu fonem dapat dibezakan dengan adanya fitur-fitur ini. Dalam sesuatu bahasa, terdapat fonem yang berbeza yang mempunyai sama cara sebutan. Oleh itu, fitur-fitur inilah yang dapat membezakan sesuatu makan perkataan. Dalam bahasa Melayu juga terdapat fitur-fitur yang membezakan makna sesuatu perkataan atau fonem.
Intonasi penting dalam tatabahasa bahasa Melayu, oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dengan predikat ditandai dengan kata kerja pada predikat. Hal ini tidak semestinya berlaku dalam bahasa Melayu.Sebaliknya, intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu. Dalam bahasa melayu terdapat pola-pola intonasi tertentu mengikut pola-pola ayat iaitu pola ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang, dan ayat pasif. Setiap pola ayat mempunyai intonasi yang berbeza dengan pola ayat yang lain. Oleh itu, setiap pola ayat dalam bahasa Melayu mempunyai pola-pola intonasi tertentu dan perlu dituruti bagi membezakan pengucapan sesuatu ayat dengan ayat yang lain melalui nada intonasi dalam sesuatu ayat.
Bibliografi
Abdul Hamid Mahmood (2007). Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan (2007). Linguistik Am : Siri Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS professional.
Chomsky, N. (1957). Syntatic Structures. The Hague: Mouton.