|
Secara rumus, PFbLN = PFLN – BFLN |
Manakala KNB ialah nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang di perolehi apabila KNK di tolak dengan susutnilai.
Secara rumus, KNB = KNK – SN |
B. Keluaran Negara pada harga pasaran dan Keluaran Negara pada kos faktor
Keluaran Negara pada harga pasaran adalah nilai barang dan perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengguna di pasaran. Ini bermakna harga pasaran termasuk cukai tak langsung yang dibayar oleh pengguna semasa perbelanjaan dan tidak termasuk subsidi yang dibayar oleh kerajaan kepada pengeluar.
Keluaran Negara pada harga faktor pula adalah nilai barang dan perkhidmatan yang dinilai mengikut bayaran yang dibuat kepada faktor-faktor pengeluaran tersebut. Ini bermakna harga faktor termasuk bayaran subsidi yang dibayar oleh kerajaan kepada pengeluar tetapi tidak termasuk cukai tak langsung.
Secara rumus, HF = HP –Ctl + S Di mana, HF = harga faktor HP = harga pasar Ctl = cukai tak langsung S = Subsidi |
C. Pendapatan persendirian, pendapatan boleh guna dan pendapatan per kapita
Pendapatan persendirian adalah pendapatan yang diterima oleh individu dalam ekonomi sama ada dari ganjaran bagi melakukan kegiatan yang produktif atau sebagai bayaran pindahan.
Pendapatan persendirian adalah pendapatan yang diterima oleh individu dalam ekonomi sama ada dari ganjaran bagi melakukan kegiatan yang produktif atau sebagai bayaran pindahan.
Pendapatan boleh guna pula adalah pendapatan yang diterima oleh masyarakat dari berbagai-bagai sumber yang boleh dibelanjakan dan ditabungkan.
Manakala pendapatan per kapita adalah pendapatan yang diterima secara purata oleh setiap penduduk dalam sesebuah negara.
Pendapatan persendirian dihitung melalui kaedah berikut, iaitu
KNBhf x
+ Bunga ke atas pinjaman kerajaan x
+ Bunga ke atas pinjaman pengguna. x
+ Bayaran pindahan x
__
x
- Caruman KWSP x
- Untung syarikat yang tidak dibahagi x
- Cukai ke atas keuntungan syarikat x
Pendapatan boleh guna dihitung seperti berikut, iaitu: Pendapatan boleh guna = Pendapatan persendirian – cukai pendapatan persendirian |
Pendapatan per kapita pula dihitung seperti berikut, iaitu: Pendapatan per kapita = KDNK (KNK Jumlah penduduk |
D. Keluaran Negara Nominal dan Keluaran Negara Benar
KNK nominal atau KNK semasa adalah nilai keluaran sesebuah negara yang dihitung mengikut harga-harga pada tahun berkenaan. Manakala KNK benar adalah nilai keluaran sesebuah negara yang dihitung mengikut harga-harga pada suatu tahun asas atau harga tetap.
KNK nominal atau KNK semasa adalah nilai keluaran sesebuah negara yang dihitung mengikut harga-harga pada tahun berkenaan. Manakala KNK benar adalah nilai keluaran sesebuah negara yang dihitung mengikut harga-harga pada suatu tahun asas atau harga tetap.
Jika kita ingin mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, KNK nominal tidak sesuai digunakan kerana ia mengambil kira kenaikan harga yang berlaku semasa mengira KNK. Oleh itu untuk mengukur pertumbuhan ekonomi, KNK benar lebih sesuai digunakan kerana ia menunjukkan pertambahan sebenar keluaran negara tanpa mengambil kira kenaikan harga barang.
Kaedah penghitungan pendapatan negara
Terdapat tiga kaedah dalam menghitung pendapatan negara, iaitu:
a. Kaedah perbelanjaan.
b. Kaedah keluaran.
c. Kaedah pendapatan.
A. Kaedah perbelanjaan
Penghitungan pendapatan negara melalui kaedah ini dilakukan dengan merekodkan dan menjumlahkan semua nilai perbelanjaan masyarakat ke atas barang-barang akhir (kasut, seluar dan lain-lain) dan bukannya barang peralihan (getah cair, minyak kelapa sawit dan lain-lain). Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah penghitungan dua kali iaitu, menghitung nilai sesuatu barang sebanyak dua atau beberapa kali ganda.
Contoh penghitungan melalui kaedah ini adalah seperti berikut;
Jadual 1
Jenis Perbelanjaan Jumlah Perbelanjaan (RM juta) |
1. Perbelanjaan penggunaan isi rumah 5,427 2. Penggunaan kerajaan (awam) 1,150 3. Pelaburan kasar 1,339 (a) Swasta 827 (b) Awam 512 4. Eksport bersih barang dan perkhidmatan 261 (a) Eksport 3,491 (b) Import 3,230 5. KDNK hp 8,537 6. Penerimaan bersih pendapatan faktor dari luar negeri - 113 7. KNK hp 8,424 |
B. Kaedah keluaran
Penghitungan pendapatan negara menurut kaedah ini dilakukan dengan menjumlahkan nilai tambah yang diwujudkan oleh berbagai sektor ekonomi. Nilai tambah adalah tambahan nilai yang terjadi ke atas sesuatu barang akibat dari memprosesnya untuk dijadikan barang akhir. Nilai tambah dapat di tentukan dengan menghitung perbezaan di antara nilai jualan sesebuah firma dengan nilai input (kecuali faktor-faktor pengeluaran) yang dibeli oleh firma dalam menjalankan kegiatan pengeluaran atau,
Nilai tambah = Nilai jualan output – Nilai belian input |
Contoh pengiraan nilai tambah adalah seperti berikut;
Jadual 2
Jadual 2
Jenis kegiatan Hasil jualan (RM) Nilai tambah (RM) |
1. Pertanian kapas 10 10 2. Kilang membuat benang 20 10 3. Kilang membuat kain 40 20 4. Kilang membuat seluar 80 40 5. Penjualan seluar di pusat membeli belah 90 10 Jumlah 90 |
Dari jadual 2, jelas menunjukkan jumlah nilai tambah sama dengan nilai barang akhir (RM90).
Penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran dapat ditunjukkan
melalui jadual berikut;
Jadual 3
Sektor Nilai keluaran (RM) |
1. Pertanian, perhutanan dan perikanan 4,563 2. Perlombongan dan kuari 612 3. Perkilangan 2,197 4. Pembinaan 711 5. Elektrik, air dan gas 401 6. Pengangkutan dan perhubungan 1,098 7. Perdagangan borong dan runcit 2,086 8. Pemilikan rumah, bank dan insuran 1,109 9. Perkhidmatan kerajaan 1,199 10. Perkhidmatan lain 1,339 KDNK hf 15,315 |
Butiran 1 hingga 2 digolongkan sebagai sektor utama. Manakala butiran 3 hingga 5 digolongkan sebagai sektor industri dan butiran 6 hingga 11 dinamakan sebagai sektor perkhidmatan.
C. Kaedah pendapatan
Menurut kaedah ini, penghitungan pendapatan negara dilakukan dengan menjumlahkan berbagai jenis pendapatan yang diperolehi dari menjalankan kegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan oleh masyarakat.
Contoh penghitungan menurut kaedah ini adalah seperti berikut;
Jadual 4
Jadual 4
Jenis pendapatan Nilai pendapatan (RM juta) |
1. Gaji dan upah 112,000 2. Sewa 10,000 3. Bunga bersih 8,000 4. Pendapatan perusahaan persendirian 10,000 5. Keuntungan syarikat 53,000 i. Keuntungan tak dibahagi 15,000 ii. Dividen 18,000 iii. Cukai pendapatan syarikat 20,000 Pendapatan negara (KNB hf) 193,000 |
No comments:
Post a Comment