Saturday, January 16, 2010

Mendidik atau Gaji?

Memang susah nak mendidik pelajar sekarang. Masalah sosial dan moral masyarakat kini menjadi-jadi. Bertambah parah apabila guru yang medapat musibah iaitu 'saman' daripada keluarga pelajar apabila memberi pengajaran dan teguran kepada pelajar untuk bertujuan mendidik. Tidak seperti dulu, ibu bapa memberi rotan kepada guru untuk mendidik anaknya tapai kini sebaliknya guru yang mendapat 'parang' daripada ibu bapa kerana memberi teguran dan tindakan kepada anaknya yang berkelakuan tidak elok. Bolehkah guru sekarang nak mendidik pelajar sperti dulu? Mana perginya hormat ibu bapa kepada guru yang mendidik anaknya?

Ekoran daripada itu, cikgu sekarang seolah-olah tidak berani menegur pelajarnya yang salah. Bukannya takut kepada pelajar tetapi bimbang akan mendapat 'parang' daripada ibu bapa. Cikgu kini tidak seperti dulu..kalau dulu, guru boleh menegur pelajar..kalau dulu pelajar akan mengucapkan salam kepada cikgu..tetapi kini, jarang perkara itu berlaku..murid-murid kini yang berani melawan cikgu..kini, cikgu pula yang kena hormat pelajar dan tidak boleh menghukum...Apa ni?Apa peranan cikgu sekarang? Hanya mengajar? Bangsa yang macam mana nak dibentuk nanti? Bakal pemimpin?

Cikgu sekarang memang mencabar...dilema antara mengajar sahaja dan mendapat gaji atau bertindak sebagai pendidik yang betul-betul sayangkan pelajarnya...Kepada ibu bapa di sana, bersikap profesional sikit kepada guru yang mendidik anak kita..janganlah kita bersangka buruk dengan cikgu..cikgu pun manusia biasa..sayangilah anak kita, jangan terlalu sayangkan hingga mengikut segala katanya..bagilah peluang kepada cikgu mendidik anakmu dengan baik..Apa-apa yang tidak puas hati berbincanglah..bertemu secara bersemuka..Biarlah 'parang' tu tersimpan dan digunakan pada tempat yang betul...




Kepada cikgu pula, janganlah hanya mementingkan gaji semata-mata..fikirlah masa depan bangsa kita nanti..kitalah yang mencoraknya..Jangan pentingkan gaji sampai sanggup mengajar di mana yang banyak elaun sehingga mengabaikan tanggugjawab sebagai guru..maklumlah mengajar di pedalaman banyak elaun..






No comments:

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad