Saturday, January 16, 2010

ROBOT SEKS PERTAMA DI DUNIA

Benarkah kita berada dalam era teknologi? Perlukah manusia mempercayai teknologi? Sekarang bermacam-macam produk teknologi yang tercipta. Semua itu memang bagus untuk kemudahan dan kesenangan kita tetapi jangalah jadikan teknologi sebagai perosak bangsa dan nilai masyarakat. Terbaru dan rasa gempar apabila "robot seks" pertama di dunia dicipta. Apa tujuan sebenar robot itu. 

Petikan dipetik daripada Kosmo bertarikh 11 Januari 2010. LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini. Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.

"Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki," kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion. "Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia," tambahnya.Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.





Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).
Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian. Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. - AFP

Inilah yang dikatakan teknologi menguasai manusia. Jangan sampai kita menjadi hamba kepada teknologi dan rosak sudah.....





No comments:

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad