Thursday, January 21, 2010

Benarkah Melayu Hampir Pupus?


Melayu dulu memang terkenal di pelosok dunia. Dulu Melayu begitu kuat dan kukuh. Dulu Melayu bersatu-padu. Dulu Melayu kaya. Dulu Melayu juga hidup bermasyarakat dengan aman. Dulu Melayu sama Melayu amat rapat dan bertegur sapa. Kini Melayu hanya tinggal nama. Kini melayu lebih pentingkan kepuasan dan perbalahan. Kini, Melayu hidup suka berpecah belah. Kini, Melayu tidak kenal siapa tuannya ( sultan ). Apakah nasib Melayu sekarang ni? Bagaimana populasi Melayu akan datang? Di sini apa yang saya tulis dan cungkilkan bukan untuk menimbulkan atau mementingkan perkauman. Memang tidak akui perpaduan dan kemakmuran antara pelbagai kaum di Malaysia amat membanggakan dan ianya harus dijaga tetapi apa yang saya nak ungkapkan hanya untuk membuka mata orang Melayu untuk berubah dan tidak berniat untuk menimbulkan atau memperkuat semangat perkauman.

 



Ingatlah wahai bangsaku, kita dulu hidup bersatu padu, aman damai, dan kaya raya. Dulu kita memang terkenal dengan adat resam dan ketaatan kepada tuan ( sultan). Marilah kita bersatu memperkuat Melayu. Apa yang terjadi kini amat membimbangkan. Melayu kian pupus. Melayu sudah tidak kenal tuannya. Semenjak merdeka dulu hingga sekarang, banyak kemelut dalaman yang melanda bangsa Melayu. Dulu kita amat mementingkan indetiti dan kekuatan Melayu tetapi kini tidak. Kita sanggup berpecah disebabkan berlainan aliran politik. Sebenarnya wujud dua aliran yang membantu membangunkan bangsa Melayu iaitu aliran politik dan aliran ekonomi. Kita ada polemik ekonomi,pendidikan, dan budaya tetapi sayangnya polemik-polemik tersebut tidak menjadikan kehidupan orang Melayu itu semakin baik tetapi berakhir dengan krisis yang tidak pernah selesai.


 Bermula dengan debat dan berakhir dengan kekliruan. Mengapa jadi begini? Apakah punca yang menyebabkan Melayu kita semakin pincang daripada segala sudut? Poltik orang Melayu sekarang sudah tersasar, tersilap perhitungan. Politik zaman sekarang banyak menghancurkan Melayu, bukannya membina kekuatan Melayu. Bersatulah wahai bangsaku. Jangan kita bergaduh sesame sendiri disebabkan berlainan aliran politik. Pemimpin juga janganlah hanya mementingkan politik semata-mata tetapi harus juga menitik beratkan usaha memperkukuh dan mendaulatkan bangsa Melayu. Tidak salah ahli poltik kita duduk semeja berbincang perpaduan Melayu dalam masa yang sama perpaduan Negara dipertahankan.


  
Apakah yang akan terjadi kepada nasib bangsa Melayu kelak sesudah mencapai nikmat kemerdekaan sekian lama? Apa nasib bangsa Melayu yang pernah dijulang tinggi oleh masyarakat dunia  suatu ketika dahulu? Fahamilah erti kemerdekaan wahai bangsaku. Apakah benar kata-kata Hang Tuah ‘ takkan Melayu hilang di dunia’? kalau benar mengapa Melayu kini berpecah belah? Melayu akan hilang sekiranya usaha untuk mengekalkannya tidak diakukan. Baik ahli poltik, pemimpin, dan juga bangsa Melayu, bersatulah menjga kedaulatan Melayu. Wahai bangsaku….fikir-fikirkanlah…


















No comments:

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad