Monday, February 8, 2010

Facebook Haram?Benarkah digunakan untuk membunuh penduduk Palestin?

Di sini saya ingin berkongsi apa yang telah saya baca dalam blog dan juga artikel dalam majalah Al-Islam. Saya tidak meminta anda untuk membuat tidakan terburu-buru atau melatah dengan isu ini. Kita seeloknya tahu cerita sebenarnya dan berwaspada dengan perkara ini. Dalam kekelutan sentimen masyarakat Islam terhadap serangan Rejim Zionis terhadap penduduk Gaza, timbul pula isu begini. Sudah tentu akan menimbulkan kemarahan yang membuak-buak dalam diri masyarakat Islam.


Perlukah kita memboikot facebook?Kalau perlu, adakah tindakan ini terlaksana? Adakah telah diharamkan oleh negara Islam? Dalam artikel majalah Al-Islam keluaran September 2009 menyatakan bahawa Facebook telah menyumbang kepada pembunuhan penduduk Palestin. Diceritakan bahawa facebook memproleh pendapatan daripada iklan yang tersiar dalam facebook. Setiap orang yang klik pada iklan tersebut, secara automatik menyumbang pendapatan kepada Facebook yang hampir mencecah ratusan jutaan dolar setahun.


Siapa Pengasas Facebook??
Daripada kajian yg dilakukan, Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvard. Zuckerberg adalah anak pasangan Yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg yg dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yg genius komputer sejak kecil lagi. Malah diceritakan, ketika berusia belasan tahun dia sudahpun mencipta satu permainan komputer yg dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse. Ketika Facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Havard berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.Semasa di Universiti Havard, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yg aktif. Alpha Epsilon Pi adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yg kuat di Amerika ASyarikat (AS) dan Kanada.


Benarkah facebook membunuh rakyat palestin? Ini persoalan yang menjadi tanda tanya..Kalau betul Facebook membunuh rakyat Palestin sama-samalah kita menentangya..Tapi bagaimana?Boikot Facebook?Sedarkah kita bahawa Facebook boleh membawa kebaikan kepada kita dan umat Islam. Facebook boleh dijadikan medium dakwah. Dalam Facebook juga kita boleh menambhakan kenalan,merapatkan silahturahim, dan bertanya khabar saudara Islam. Tapi benarkah ini yang dilakukan?

Sedarkah kita Facebook juga boleh melalaikan?Bermacam-macam permainan yang disediakan dalam Facebook sampaikan kita sanggup menghabiskan masa dengannya. Tidakkah ini dikatakan perbuatan yang sia-sia?Inilah yang merosakkan umat Islam kini. Teknologi yang tersedia canggih disalahgunakan. 

Apa tindakan yang perlu dilakukan?
Kepada umat Islam janganlah cepat melatah..janganlah bersikap paronoid..Kita ambil iktibar dan kebaikan yang ada disebalik kekelutan. Facebook boleh dijadikan medium dakwah untuk memperkembangkan Islam dan perpaduan umat Islam.Melalui Facebook kita boleh mengajak kepada kebaikan, menyampaikan berita baik, meyampaikan pesana agama dan peringatan kepada umat Islam. Jadi gunalah Facebook sebaiknya. Permainan-permainan yang disediakan hendaklah ditinggalkan kerana perbuatan sia-sia dan lagha. Pasal iklan tu, kalau nak selamat janganlah klik dan kepada sesiapa masyarakat Islam yang ingin beriklan, dinasihatkan beriklanlah dengan yang lain.

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

2 comments:

Zura Tahir said...

salah satu cara halus yg di gunakan...supaya org islam xperasan...bahaya nie

gO mi NaM said...

tp..hendakkah remaja kita memikirkannya

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad