Saturday, November 27, 2010

Mengapa begini?

Mengapa orang sukar menerima Islam? Inilah persoalan kian disoal sekarang. Orang bukan Islam sudah pasti sukar untuk menerima Islam jika tidak menagenali Islam. Yang menambahkan buruk lagi apabila orang Islam sendiri sukar untuk menerimaa Islam. Bagi orang bukan Islam mengangap Islam tu bukan agama yang betul kerana sudah taksub dengan agamanya. Sudah berpegang pada agamanya. Mengapa orang Islam susah untuk menerima Islam? Orang Islam kini hanya pada nama tapi tidak pada zahirnya. Cara hidup Islam ditinggalkan. Tegahan Allah tidak dipedulikan. Hukum Allah dipermainkan sedangkan yang terbaik itu daripada Allah. Mengapa kita tidak yakin dengan peraturan Allah. Allah telah menetapkan sesuatu pasti mempunyai sebabnya. Sebagai contoh, Allah melarang hambanya memakan daging khinzir kerana mempunyai kuman yang tidak akan mati walaupun dimasak. Ada orang mempertikaikan dengan mempersoalkan ‘kalau Allah melarang kita memakan khinzir tetapi kenapa Allah menciptakannya? Inilah persoalan yang ditanya. Sebenarnya Allah hendak menguji setakat mana kepatuhan kita dengan-Nya. Begitu juga meminum arak. Ianya haram dalam Islam tetapi ada ramai juga orang Islam meminumnya. Ini menunjukkan orang Islam sendiri tidak menerima Islam.
Mengapa Islam sukar diterima? Orang Islam sendiri tidak suka dengan Islam jadi begitu sukarlah orang bukan Islam untuk menerima Islam. Orang mengagap Islam telah melanggar hak asasi manusia. Sukar bebas dalam Islam. Semuanya ada peraturan. Itulah sebenarnya dimaksudkan hamba. Kita ni hamba Allah. Bukan pekerja Allah. Kalau kita pekerja Allah pasti kita ada cuti. Ada gaji dan ada waktu bekerja. Tapi kita ni hamba Allah. Kita bukan pegawai Allah. Kita buka kawan Allah. Kita bukan pengurus Allah. Ingatlah kita ni hamba Allah. Begitu kecil kita di sisi Allah. Janganlah kita bermegah dengan Allah dan mempersoalkan peraturan Allah. Semuanya ada sebab. Salah satu sebabnya untuk menguji keimanan kita. Kita kena taat kepada Allah 100%. Yakin pada Allah 100%. Tiada mustahil bagi Allah.
Orang Islam kini hanya pada nama. Perangai dan cara hidup tidak menggambarkan Islam. Islam menganjurkan hidup bersederhana tapi kini hidup bermegah dengan rezeki Allah. Ingatlah Allah berkuasa ke atas segala hal. Dia memberi rezeki dan Dia juga boleh menyekatnya. Ingatlah. Pakaian tidak mencerminkan Islam. Yang perempuan berpakaian seperti tidak cukup kain. Tidakkah kamu ingat pesanan rasul kita Muhammad S.A.W yang menyatakan itu salah satu petanda dunia akhir zaman. Inilah salah satunya Islam sukar diterima kini. Islam sudah disamakan dengan agama lain. Bagi orang bukan Islam, Islam sama saja dengan agama lain. Kenapa? Sebabnya orang Islam sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam. Bagaimana orang bukan Islam nak menerima Islam kalau begini terjadi. Islam itu indah tetapi orang Islam sendiri yang mencemarnya. Tidak menghiraukan amaran Allah. Bangga dengan maksiat. Islam dipermainkan. Hukum Allah dihina. 
Tidakkah kita sedar dengan bencana yang Allah turunkan petanda amaran Allah? Tidakkah kita sedar bencana itu datang daripada Allah? Siapa mampu melawan kehendak Allah? Teknologi canggih mana pun tidak mampu melawan kuasa Allah. Semuanya kuasa Allah melebihi segalanya. Insaflah semua. Kian kita lalai. Kita terlalu berseronok dengan kehidupan dunia yang sementara. Kita berbangga dengan maksiat yang berleluasa. Apabila ditegur dikatakan kuno. Ada saja jawapan yang diberi. Kita hidup dalam dunia moden tetapi Islam tidak ketinggalan. Ada yang beranggapan hokum Allah itu ketinggalan zaman. Tidakkah kita sedar bahawa Allah yang menciptakan kita? Allah yang maha mengetahui hukum apa yang sesuai untuk hambanya. Janganlah kita angkuh. Sedarlah.
Hiburan yang melalaikan berleluasa menjadi keseronokan orang sekarang. Islam tidak melarang kita berhibur tetapi ada batasnya. Wahai perempuan, tidakkan kamu tahu batas auratmu dan pergaulanmu. Islam melarang wanita berpakaian yang menampakkan susuk tubuh. Islam menetapkan aurat perempuan. Ingatlah. Perempuan wajib menutup rambutnya tapi mengapa ramai yang tidak menghiraukannya? Inilah yang dikatakan Islam sudah dipinggirkan. Bagaimana kita nak mendapat keredhaan Allah kalau kita sendiri mencabar Allah. Ditegur supaya memakai tudung tetapi dijawabnya ‘pakaian tidak mencerminkan perlakuan’. Dikutuk pula orang yang menutup aurat dengan berkata ‘orang yang menutup aurat belum tentu baik’. Sebenarnya orang yang menutup aurat itu lebih baik. Mengapa? Kerana mereka mengikut peraturan Allah. Takut dengan amaran Allah.
Mengapa Islam makin lemah? Mengapa Islam dihina. Fikir-fikirkanlah. Kalau dulu Islam cukup megah kerana hukum Islam ditegakkan…kerana peraturan Allah ditaati. Tapi kini apa yang berlaku sebaliknya. Umat Islam dituntut berjihad. Berjihad tidak semestinya berperang. Sekarang telah berlaku penindasan terhadap umat Islam di Palestin. Tidakkah kita patut membantunya. Di sinilah kekuatan Islam. Islam perlu dipelihara. Berjihad zaman sekarang mungkin tidak sama pada zaman nabi. Berperang denganorang kafir yang menentang Islam. Sekarang berjihad untuk menegakkah Islam. Berjihad untuk mengembalikan Islam yang sebenarnya. Tegakkanlah hukum Allah kerana itu adalah yang terbaik. Hukum Allah datang daripada Allah yang telah termaktub dalam Al-Quran. Mengapa kita hendak menolaknya? Adakah Al-Quran itu tidak benar. Ingatlah bahawa Al-Quran merupakan petunjuk yang benar. Sesiapa yang menolak sebahagia daripada Al-Quran boleh membawa rosak akidah dan boleh jatuh kafir seseorang itu. Mengapa kita menentang hukum Allah. Berikan sebab yang boleh diterima dan berikan hukum mana yang terbaik berbanding dengan hukum Allah. Takutlah dengan amaran Allah. Sesungguhnya segala yang datang daripada Allah adalah benar. Sama-samlah kita tegakkan Islam. Sama-samalah kita tingkatkan amalan kita mentaati perintah Allah. Jangan kita lalai dengan keseronokan kehidupan dunia yang penuh tipu daya.berpegang teguhlah kita kepada Islam. Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam. Islam itu lengkap semuanya. Mengapa kita perlu menolak sebahagian dan menerima sebahagian? Insaflah……………..
Tingkatkanlah ketaqwaan kita kepada Allah. Carilah peluang semasa hayat dikandung badan. Alangkah manis jika kita boleh menangis kerana takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengharamkan neraka bagi hamba-Nya yang menangis kerana takut  kepada-Nya. Berusahalah untuk menangis kerana takut kepada Allah walaupun dengan terpaksa. Berzikirlah mengingat Allah dan menangislah sepuas-puasnya. Alunkan zikir dengan nada yang sayu dan fahamkanlah maksudnya serta hayatilah dengan membayangkan kekuasaan Allah. InsyaAllah air mata akan keluar dengan sendirinya. Selamat beramal….

dengarlah dan hayatilah video di bawah:

3 comments:

Adee Hasllynah Abbas said...

Sangat menyedihkan bila ingat hukum Allah di hina. Islam dipermainkan. Ditegur pun di beri jawapan yang menyakitkan seperti saudara katakan tadi tentang menutup aurat. Harap-harap apa yang saudara post hari ini memberi kesedaran pada yang lainnya terutama yg berugama Islam. Article yg membuat saya menangis!!! Ya, menangislah kerana takutkan Allah.

mazlie said...

terima kasih...sekadar berkongsi..melihat keadaan sekarang yang begitu dahsyat..banyak tipu daya..semoga kita dirahmati Allah..sama-samalah kita muhasabah diri..

Zura said...

sbb org skrg xde keimanan dlm diri....

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad