Tuesday, December 7, 2010

KEMANISAN DI SEBALIK KEPAHITAN…

Waktu berlalu pantas seperti berlari, tapi antara waktu itu, ada cerita antara kita…kisah suka mahupun duka…namun, semua itu pasti akan menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidup kita…hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. sesuai dengan apa yang ingin ku sampaikan di sini, hidup kita nie umpama roda..kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah…tak selamanya hidup kita nie akan senangkan…pengalaman mengajar aku untuk hidup lebih berdikari dan matang dalam menempuhi pelbagai ragam dan dugaan yang mendatang.

Kemanisan disebalik kepahitan???apakah itu??? Bak kata orang, manis macam madu, pahit macam hempedu…contohnya makanan manis, ramai orang suka,,,kalau pahit, cuba sekali pasti dah tak nak kan…tapi, kalau terlebih manis pun tak boleh juga…nanti dapat pula penyakit kencing manis…susah nanti…oleh itu, dalam makanan kita mestilah ada pelbagai rasa, barulah kita dapat menikmati makanan dengan lebih berselera…sama juga dengan kehidupan…kita mesti nak hidup yang ceria dan gembira…sebagai manusia yang normal, aku juga sama…namun begitu, kehidupan kita juga punyai pelbagai rasa…ada yang manis, ada yang masam, ada juga yang masin…tak tertinggal juga yang pahit…ishhh, macam mane plak tue ye…maksudnya, hidup kita nie tak selalunya ceria, kadangkala ada masalah yang mendatangi kita…atas diri kita lah sama ada mampu atau tidak untuk menghadapi segala masalah itu dengan sewarasnya…apabila aku tidur pada malam hari, aku memohon pada Allah mengampunkan segala dosa-dosaku pada hari tersebut dan kuharap ku mampu melelapkan mata dengan hati dan jiwa yang tenang… lupakan masalah buat seketika dan dapat tidur dengan lena tanpa gangguan…Dan setiap pagi bangun dari tidur aku berdoa semoga hari yang kulalui pada hari nie lebih bahagia dan ceria dari hari semalam…aku bersyukur kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah sehari lagi untuk menikmati hidup dan berpeluang melihat dunia ciptaan Illahi ini lagi…

Kadangkala Allah sengaja sembunyikan matahari, Dia turunkan hujan yang lebat sehingga hati ini tertanya-tanya ke mana hilangnya mentari…rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik lagi indah. Itulah kuasa Yang Maha Esa…tak siapa tahu tak siapa yang mampu menduganya…hanya Dia yang tahu…seringkali kita dengar dan menyatakannya, kita sebagai manusia nie hanya mampu merancang je,tapi segalanya terletak di tangan Allah kerana hanya Dia yang akan menentukan yang mana terbaik untuk diberikan kepada hambaNya…tepat sekali…berbalik kepada apa yang cuba disampaikan di sini…kemanisan…kita pasti sentiasa inginkan kemanisan yang berpanjangan…namun begitu, kadangkala kepahitan itu muncul jua tanpa disangka oleh kita sendiri. Begitulah lumrah hidup. Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia beri padaku kaktus yang berduri…ku minta pula kupu-kupu, diberiNya ulat…aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar…namun, tak lama kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali…dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik…begitulah cara Allah mengasihi diri kita…selalu indah tiba pada waktunya…kebiasaannya, kita akan mengalami kehidupan yang pahit dulu sebelum munculnya kebahagiaan…ini terjadi kerana Allah ingin menguji kita dan seharusnya kita bersyukur dan redha menerima setiap ujian dengan penuh kesabaran…kesabaran kunci kebahagiaan…

kita perlu sedar, hari nie bukanlah semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu dikorbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan…sekali langkah tersadung, rebah menyembah…sekali melangkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata…selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usahlah digusar pada ANUGERAH ALLAH…anggaplah apabila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan…kita jangan mudah menyerah tanpa bertarung terlebih dahulu…maksudnya di sini, sekiranya apa yang kita inginkan tidak dapat dikecapi, jangan kita terus berputus asa…tetapi, kita perlu bangkit dan berusaha dengan lebih gigih. Pasti kejayaan akan menjadi milik kita…alihkan mata mu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan…tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya… begitulah dengan kehidupan manusia…riang tawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupan…jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai…airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang…jika rasa sedih, pandanglah ke langit… sedarlah bahawa Allah sentiasa bersama kita…walau apa yang terjadi, kita tak perlu takut dan risau kerana kita tidak keseorangan…kita masih ada Allah di sisi kita…perbanyakkan berdoa dan seterusnya bertawakal…sentiasa percaya dan yakin pada Yang Maha Kuasa…akan ada jalan terbaik untuk dilalui di kemudian hari…akhir kata, sebaik-baik yang sempurna, masih terdapat kekurangan di dalamnya…itulah lumrah manusia…wallahuallam…


No comments:

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad