Friday, December 24, 2010

Perempuan Cantik Kentut Wangi

Sebelum saya sambung, apa yang saya coret di atas tu mungkin diakui benar oleh budak lelaki yang baru belajar menggatal setelah mendapat respon dari anak dara pingitan yang baru belajar bercinta,cinta dan sama waktu dengannya...."perempuan cantik kentut wangi". Pada budak lelaki itu, kentut anak dara yang digilainya amat wangi bagai perfume Prada walaupun baunya masyaallah mengalahkan bau lori sampah...

Women is very simple. Secantik-cantik puteri rupawan atau seburuk-buruk nenek kebayan wanita tetap sama, kentut mereka tetap busuk juga. Namun tahap kebusukannya bergantung kepada apa yang wanita itu makan dan hadam enam atau lapan jam sebelumnya. Jika telur separuh masak atau makanan protein tinggi yang di makan, makan gas yang terbit dari proses pencernaan itu akan menghasilkan bau yang amat tidak wangi dan biasanya silent and deadly. Huhuhu

Jangan marahlah wahai wanita/perempuan yang terasa. Apa yang saya coretkan ini adalah saja2 dan tiada kena mengena dengan makhluk yang lain. Saya coretkan ini sebab sekarang ni macam-macam kata-kata pujaan daripada si budak lelaki kepada budak perempuan yang dicintainya. Sebenarnya rupa paras 2tu adalah sementara je..janganlah riak. Andai kata si budak lelaki berkata yang dia mencintai si budak perempuan itu kerana rupanya yang cantk, senyuman yang manis, mukanya yang ayu, baunya yang wangi dan macam-macam lagilah yang berkaitan bentuk fizikal. Apa akan terjadi sekiranya si budak perempuan ini ditakdirkan kemalangan ke apa ke yang menyebabkan bentuk fizikal yang dipuja si budak lelaki tadi hilang?semua yang dipuja sudah hilang....apa nilai sebenarnya cinta si budak lelaki tadi?sudah tiada cintakah?

Jadi, mencintai orang biarlah kerana agamanya, budi pekertinya dan keikhlasannya. Tidak ada yang tercela jika semuanya baik walaupun fizikal tak meletup. Kepada budak perempuan yang berbangga dengan kecantikannya untuk menjadikan umpan kegilaan si budak lelaki, insaflah...jangan kita mengagungkan kecantikan yang Allah berikan keranya ianya sementara je dan milik abadi Allah..ingatlah semuanya sama je kecuali amal dan iman. Andai si budak perempuan itu cantik macam mana sekali pun tapi semuanya sama je...kentut pun tetap busuk...hahahahaha..jangan marah.

So kepada wanita yang kurang cantik, percayalah, paras dan rupa bukan ukuran untuk menjadi seorang yang lebih berkualiti. Kualiti seorang wanita terletak pada kelembutan dan kesabaran yang ada padanya. Pada teman wanita yang lembut dan sabar ibarat pohon Rhu di pesisir pantai, tetap tegak berdiri walau dilanda ribut, ombak dan badai.

2 comments:

Burung Hantu said...

satu lagi lelaki berkualiti.

nah, cop sirim.

tapi kalau cakap tak serupa bikin, cop sirim ditarik balik.

;)

. . . SiSTaR GurLz Is OuR NamE & a.k.a HCG . . . . said...

hahax . . . ada lak cm uh . . . hek3 . .

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad