Saturday, February 26, 2011

Kebimbangan

Sudah lama tidak mengemaskini blog. Begitu sibuk dengan tugasan sebagai pelajar dan juga sebagai programmer di salah sebuah syarikat global. Memang memenatkan tapi itulah beban yang harus ditanggung. Pernah terfikir mengapa aku harus lakukan semua ini. Inilah tanggugjawab aku sebagai seorang lelaki dan tidak juga lupa sebgai hamba Allah.

Kali ini aku terpanggil lagi untuk membicarakan masalah/perihal remaja kini. Begitu runsing dengan keadaan sekarang. Benarlah kata Rasulullah s.a.w “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk,yang seenaknya melakukan zina seperti himar(keldai), maka pada zaman inilah kiamat akan datang. (hadis riwayat sahih muslim).

Sekarang ni memang ternyata maksiat berleluasa. Reality hidup masa ini…anak luar nikah begitu meningkat…maksiat beramai-ramai..pesta yang melalaikan…konsert yang merosakkan..yang terpesongnya anak muda..yang rosaknya anak muda..aku melihat apa yang berlaku hari ini mengingatklan aku akan kata-kata Rasulullah s.a.w..adakah ini zamannya? Kalau benar, berwaspadalah wahai sahabat seagamaku..kata-kata nabi adalah benar..ingatlah..dosa sekarang ni adalah penunjuk bahawa umat Islam tidak mengikuti Islam sepenuhnya..apablia dibicara soal agama, mulalah ditukarnya tajuk lain..katanya aku tak suka bercakap soal agama..inilah masalah besar remaja kini..kalau kita bersikap begit..anak-anak kita nanti macam mana?

Orang ramai mengatakan cinta itu anugerah Allah..memang benar anugerah Allah tapi perlu diingat setiap anugerah itu tertakluk kepada syariat Allah dan kehendak Allah. Boleh jadi anugerah itu merupakan ujian daripada Allah. Ada juga orang yang bertanya kepada aku..salahkah bercinta?bukankah cinta tu hadir tanpa dipaksa? Aku tidak mengatakan salah..memang stiap manusia ada perasaan cinta…”rasa cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa..takkan hilang selamanya sampai datang akhir masa.” Cinta perlu dikawal agar diredhai.

Yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Perlu diingat cinta itu dua hati menjadi satu. Adakah anda pasti cinta anda itu akan berakhir dengan perkahwinan? Tidak semestinya..cinta juga tertakluk bawah kuasa Allah..adakah anda akan pertahankan cinta anda walaupun ditentang oleh ibu dan ayah? Jawabnya..ikutlah kata-kata ibu dan ayah selagi ia tidak bercanggah dengan nilai agama..kerana di situ terdapat keberkatan dan akan sampai kerahmatan Allah..

Remaja tidak terlepas daripada rasa cinta. Remaja yang banyak rosak disebabkan cinta. Berwaspadalah wahai remaja sekalian. Aku bercakap ni bukan kerana aku ni seorang yang baik dan alim. Tapi aku ingin meningatkan diriku dan sahabat sekalian. Aku memang pernah bercinta dulu tapi sekarang tak jumpa-jumpa cinta sejati lagi. Mungkin sibuk dengan tugasan sebagai pelajar dan kerja. Aku percaya akan ketentuan Allah. Allah telah meletakkan yang terbaik untuk steipa hambanya. Kita tak akan sedar sesuatu perkara muncul tanpa diduga. Boleh jadi jodoh anda bukan daripada cinta anda sekarang. Perasaan itu adalah bawah kekuasaan Allah.Allah boleh mengubahnya. Kadang-kadang kita tak sangka yang kita suka seseorang tu kerana ianya telah diaturkan oleh Allah.

Kita tak pernah menduga jodoh kita. Boleh jadi orang yang kita benci menjadi orang yang kita sayang. boleh jadi orang yang kita tidak kenal tiba-tiba muncul dan anda terpikat. Mungkin orang yang kita cinta itu bukan sepenuhnya daripada citarasa kita. Allah yang maha kuasa. Banyak juga yang berlaku kini orang bercinta melalui alam maya dan berakhir dengan perkahwinan. Ada yang kekal dan ada yang berakhir dengan penceraian. Tapi itu semua ketetapan daripada Allah..yakinlah.

Mungkin jodoh aku melalui alam maya. Mungkin jodoh anda juga melalui alam maya. Teknologi canggih sekarang ini adalah di bawah pengetahuan Allah. Allah telah mengatur segalanya. Tak perlu bimbang soal jodoh. Sampai masa akan tiba nanti. Jodoh perlu dicari tapi berwaspadalah. 

Bercinta tak salah tapi biarlah berpada-pada. Cintai manusia melebih-lebih tidak ke mana. Tetapi mencintai Allah dan Rasul melebih-lebih bahagia yang datang. Ingatlah remaja sekalian. Ilmu Allah itu luas. Jangan kita berlagak kita pandai kerana ilmu Allah itu sangat luas. Kepada yang tak suka dengan apa yang saya katakana ini..saya memohon maaf..anda fikirlah apa punca yang berlaku kini…
Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad