PENGENALAN
2. Petunjuk / pemboleh ubah makroekonomi Petunjuk / pemboleh ubah makroekonomi adalah data statistik mengenai kegiatan ekonomi negara yang digunakan sebagai alat pengukur dalam menilai pencapaian dan kecekapan kegiatan ekonomi negara. Di antara pemboleh ubah yang selalu digunakan adalah : i. Pendapatan negara / keluaran negara ii. Gunatenaga dan pengangguran iii. Inflasi iv. Imbangan pembayaran v. Pertumbuhan ekonomi i. Pendapatan negara / keluaran negara a. KNK mengikut harga semasa, iaitu pendapatan negara yang dinilai mengikut harga pada tahun berkenaan. b. KNK mengikut harga tetap atau keluaran negara benar (KNB), iaitu pendapatan negara yang dinilai mengikut harga pada tahun asas. c. KNK potensi, iaitu pendapatan negara yang dinilai apabila semua tenaga buruh dalam ekonomi telah digunakan dengan sepenuhnya. KNB dihitung dengan menggunakan rumus berikut; KNB = KNK semasa ________ x 100 Indeks harga pengguna ii. Gunatenaga dan pengangguran Tenaga buruh tidak boleh disamakan dengan jumlah penduduk. Di kebanyakan negara, tenaga buruh dikategorikan sebagai penduduk yang berumur di antara 15 - 64 tahun. Dalam lingkungan umur tersebut, terdapat golongan penduduk yang tidak dianggap sebagai tenaga buruh seperti pelajar sekolah, mahasiswa dan suri rumah. Oleh itu jumlah pengangguran adalah perbezaan diantara jumlah tenaga buruh dengan jumlah gunatenaga, iaitu Jumlah pengangguran = Jumlah Tenaga Buruh - Jumlah Guna TenagaUntuk mengukur pencapaian kegiatan ekonomi sesebuah negara sama ada telah mencapai gunatenaga penuh atau belum, kita gunakan kadar pengangguran. Kadar pengangguran = Jumlah pengangguran X 100 Jumlah tenaga buruh Apabila kadar pengangguran sangat rendah (kurang 4%) maka ekonomi Untuk mengukur pencapaian kegiatan ekonomi sesebuah negara, kita gunakan kadar inflasi. Ia di hitung dengan menggunakan formula berikut; Kadar inflasi = IH1 – IH0 X 100 IH0 dimana, IH1 adalah indeks harga pada tahun semasa dan IH0 ialah indeks harga pada tahun sebelumnya. Kadar inflasi yang rendah menunjukkan pencapaian kegiatan ekonomi yang baik bagi sesebuah negara. iv. Imbangan Pembayaran Imbangan pembayaran adalah suatu penyata kira-kira yang menunjukkan nilai urusniaga-urusniaga dan aliran wang yang dilakukan di antara suatu negara dengan negara lain dalam suatu tahun tertentu. Apabila nilai urusniaga dari kegiatan eksport melebihi import, maka imbangan pembayaran dalam keadaan lebihan dan sebaliknya apabila nilai urusniaga dari kegiatan import melebihi eksport, maka imbangan pembayaran dalam keadaan kurangan. v. Pertumbuhan Ekonomi KNBr0 Pertumbuhan ekonomi berbeza dengan pertambahan kebajikan masyarakat. Dalam pertumbuhan ekonomi kita melihat perkembangan kegiatan ekonomi dari segi pertambahan pengeluaran barang dan perkhidmatan. Untuk mengukur pertumbuhan ekonomi kita menggunakan KDNK (KNK) benar. Manakala pertambahan kebajikan masyarakat adalah kenaikan taraf hidup masyarakat dari masa ke semasa. Untuk mengukur tingkat kebajikan masyarakat, kita menggunakan pendapatan per kapita. 3. Matlamat dasar makroekonomi Sesebuah negara sentiasa berusaha untuk meningkatkan tingkat kebajikan dan kemakmuran masyarakatnya. Untuk mencapainya, maka keadaan-keadaan berikut harus di wujudkan di dalam sesebuah negara, iaitu: i. Gunatenaga penuh. ii. Kestabilan tingkat harga umum Sesebuah negara sering menghadapi masalah kenaikan harga barangan. Kenaikan harga tersebut akan menimbulkan kesan yang negatif kepada masyarakat dan negara. Suatu kenaikan harga barangan akan menyebabkan tingkat kebajikan masyarakat yang semakin menurun. iii. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi Pertumbuhan ekonomi bermaksud suatu perkembangan ke atas kegiatan ekonomi sesebuah negara. Perkembangan ekonomi ditunjukkan melalui kemampuan ekonomi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang semakin bertambah. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan per kapita dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat. iv. Imbangan pembayaran yang menguntungkan Imbangan pembayaran adalah suatu akaun yang menunjukkan aliran masuk dan keluar mata wang asing dari sesebuah negara. Imbangan pembayaran yang menguntungkan berlaku apabila aliran masuk mata wang asing melebihi aliran keluar mata wang asing. Apabila imbangan pembayaran dalam keadaan yang menguntungkan, maka ia memberikan kesan yang baik kepada ekonomi negara dan kebajikan masyarakat keseluruhannya. 4. Bentuk dasar makroekonomi Untuk mencapai matlamat dasar makroekonomi di atas, maka dasar-dasar berikut perlu dijalankan oleh sesebuah negara, iaitu: i. Dasar fiskal Dasar fiskal adalah langkah-langkah kerajaan untuk mengubah sistem cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi. ii. Dasar kewangan Dasar kewangan merupakan langkah-langkah kerajaan untuk mengubah kadar bunga atau jumlah bekalan wang dalam ekonomi dengan tujuan untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi. iii. Kawalan langsung Kawalan langsung merupakan langkah-langkah kerajaan secara langsung mempengaruhi kegiatan ekonomi. Kerajaan menjalankan kawalan langsung ini melalui undang-undang dan peraturan. Bentuk kawalan langsung yang boleh dijalankan oleh kerajaan adalah melalui dasar harga minimum, dasar harga maksimum, dasar kawalan tingkat upah dan sebagainya. Melalui langkah-langkah di atas, perbelanjaan agregat dapat diturunkan apabila ekonomi menghadapi masalah inflasi dan dinaikkan apabila ekonomi menghadapi masalah pengangguran. |
Friday, October 30, 2009
KERTAS 2: MAKROEKONOMI
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad |
No comments:
Post a Comment