Friday, January 29, 2010

Mencabarnya Mendidik Anak-Anak masa ini...

Zaman sekarang orang-orang yang mahu berkahwin sudah tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Gadis atau pemuda yang hendak dinikahi itu mungkin hanya dikenali dipusat membeli belah atau perhentian bas, ditepi pantai atau mungkin melalui akhbar dan majalah melalui iklan-iklan mencari jodoh. Lebih moden lagi kini melalui laman maya ini.

Mereka menjadikan artis,penyanyi, pelakon sebagai contoh isteri dan suami solehah. Tak keterlaluan kalau aku tulis bahawa artis itulah perosak utama muda mudi islam hari ini kerana dengan pakaian dan fesyen mereka kini telah menjadi ikutan di kota dan di desa.
Bagi yang berkelakuan elok dan sopan baik untuk dijadikan pedoman. Ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidik siteruna itu sembahyang, puasa,menutup aurat atau tidak. Kita rasa takut dan bimbang apabila anak gadis kita yang asalnya menutup aurat,bersolat tetapi apabila jatuh ketangan lelaki yang tidak setia pada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam sangat menekankan pada ibubapa supaya mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam. Mengajar mereka mengenal tuhan sekelian alam iaitu Allah s.w.t. Mengajar anak-anak dengan perangai yang baik,akhlak dan bersopan. Anak-anak juga wajib diajar batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada mereka sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Dalam quran Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis. Mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang diperintahkan".

1 comment:

Anonymous said...

MEMANG BANYAK DUGAAN MASA SEKARANG...TAKUT MEMIKIRKAN APA YANG AKAN TERJADI AKAN DATANG...YA ALLAH JAUHKANLAH DARIPADA MALAPETAKA YANG DAHSYAT...AMIN..

Mazlie's Design 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad